All Hail MahaKacip!
Saya sengaja tak baca blurb dan review buku ni sebab nak naikkan lagi meter keseraman dalam diri. Kalau nak rasa pengalaman yang lebih menyeramkan, bacalah waktu malam.
Mengisahkan sekumpulan staf Zoo Kuala Lumpur yang bercuti ke Pulau Salik. Pulau Salik merupakan sebuah perkampungan terpencil tapi bagi mereka yang nak lari daripada kesibukan bandar, inilah percutian yang paling dinanti-nantikan.
Pulau Salik pula kaya dengan mitos dan kepercayaan kuno. Dalam perjalanan ke sana, kereta sewa mereka berlanggar dengan seekor anak kambing. Sudahlah panik, mereka pula dituduh sebagai pembunuh oleh seorang perempuan tua. Kata-kata perempuan tua itu seolah-olah membawa petanda malang. Belum sempat mereka menghadam apa yang berlaku, perempuan tua bersama kambing itu hilang sekelip mata! Woah! 🙀🙀
Itulah permulaan kepada segala mimpi ngeri yang menanti mereka. Pelbagai kejadian menyeramkan berlaku sepanjang berada di Pulau Salik. Yang paling saya kagum, mereka berlima masih mampu kekal positif. 😂 Kalau bukan sebab cuaca buruk, rasanya memang tak balik lagi agaknya. Menurut penduduk di situ, mereka sebenarnya sudah terkena sumpahan.
Dari situlah mereka tahu bahawa percutian ke Pulau Salik sebenarnya hanyalah satu perangkap. Semuanya berpunca daripada kepercayaan karut untuk menghentikan sumpahan yang menghantui penduduk setempat. Kononnya, seseorang dari luar pulau perlu dijadikan korban. Di sinilah semangat setiakawan mereka benar-benar diuji. Nak keluar dari pulau itu bukan mudah apabila mereka sendiri menjadi buruan roh jahat.
Cuba bayangkan, selama 300 tahun tak ada langsung satu idea yang benar-benar bernas untuk menyelamatkan Pulau Salik. Nasib baiklah muncul lima budak Gen Z yang berani dan nekad jadi ghostbuster. 😂
Saya suka macam mana penulis membina momentum cerita. Macam roller coaster bila baca buku ni. Ini merupakan bacaan kedua saya daripada penulis selepas Cinta Terbelah di Laut Merah dan sekali lagi dia berjaya menghiburkan saya. Please, don't die and keep writing!