Rabu

Hari ni hari Rabu. Berkobar-kobar nak pergi derma darah lepas tu nak buat kad library. Tapi, dua-dua tak boleh. 😭. Boleh tak bayangkan saya dah beria nak jadi manusia produktif tapi macam perbuatan saya tak dihargai. Haha. Macam tulah emosi saya hari ni. Hb darah saya 11.5. Dari tahun lepas saya cuba, 3 kali saya datang, tak berjaya. Saya dah cuba kurangkan caffein dan banyakkan serat, makan makanan untuk tambahkan darah seminggu sebelum ke hospital, tapi tak jalan. Entahlah.


Lepas tu pergi ke library konon nak melawat kawasan sebab dah lebih 10 tahun kot saya tak pergi ke sini. Rupanya kosong. Sepatutnya saya baca notis di fb dulu πŸ˜‚. Konon nak buat kad sekali sebab kad saya entah ke mana.

Balik rumah saya tidur. Nak hilangkan stress.
Bila bangun masuk carousell sebab macam dah bersawangkan. Ada orang nak beli buku rare ni. Terima kasih si pembeli.


Rumah Lebah by Ruwi Meita


WOW! 😱 5 ⭐
Saya jatuh cinta dengan tulisan Ruwi Meita melalui Garam. Selepas membaca Rumah Lebah, saya rasa buku ini berjaya memintas Garam dan menjadi karya kegemaran saya setakat ini.

Winaya dan Nawai memilih untuk meninggalkan kesibukan kota demi memulakan hidup baharu di sebuah desa bersama anak tunggal mereka, Mala. Winaya ialah seorang penulis yang sedang menikmati kejayaan novel debutnya, manakala Nawai pula bergelut dengan anxiety yang teruk.

Watak yang paling mencuri perhatian saya ialah Mala. Seorang kanak-kanak yang bijak, gemar membaca ensiklopedia, mengikuti homeschooling dan mempunyai imaginasi yang begitu luas. Melalui perspektif Mala, saya diperkenalkan kepada dunia yang pada mulanya kelihatan seperti imaginasi seorang kanak-kanak. Namun semakin lama saya membaca, semakin saya tertanya-tanya sama ada semua yang dilihat Mala benar-benar wujud atau sebaliknya.

Konflik bermula apabila novel Winaya dipilih untuk diadaptasi menjadi filem. Pada masa yang sama, berlaku satu pembunuhan di desa tersebut. Mangsanya seorang wartawan hiburan yang terkenal kerana obses mengejar cerita sensasi. Sejak itu, pelbagai kejadian aneh mula berlaku.

Saya sebenarnya berjaya menghidu beberapa petunjuk lebih awal dan boleh mengagak ke mana arah ceritanya. Tetapi penulis tidak tergesa-gesa mengejutkan pembaca dengan plot twist semata-mata. Perkembangan watak dalam novel ini juga memainkan peranan penting dalam menguatkan misteri yang dibina. Inilah perkara yang paling saya suka.

Lebih menarik lagi, novel ini bukan sekadar menawarkan misteri pembunuhan. Ia turut menyentuh tentang trauma, kesihatan mental, hubungan kekeluargaan dan kesan masa silam yang tidak pernah benar-benar hilang. Semua tema ini menjadikan ia antara bacaan psychological thriller terbaik saya tahun ini.

Will You Love Me? by Norhafsah Hamid


My reading experience of Letters to God was just okay, yet I still picked this one up. Beyond the romance, this book explores family conflicts, sincere friendship, personal struggles and learning to place Allah at the centre of every decision in life. It also reminds us that Allah's plans will always be better than anything we could ever arrange for ourselves.

Because of her gift of seeing the unseen, Nieza grew up as an outcast and was constantly bullied at school. She never let those painful experiences define her. She excelled in her studies and eventually pursued medicine in Liverpool. There, she met Amy and Hassan, and the three of them quickly became inseparable. Even after completing their housemanship and returning to Malaysia, that bond remained strong. Honestly, their friendship was one of my favourite parts of the book. 

At the same time, she slowly develops feelings for Dr. Harris, a colleague she met in Liverpool. The feelings are mutual, but what I appreciate is how their relationship unfolds with patience, respect and faith. Dr. Harris is honestly one of the biggest green flags I have come across in fiction. His willingness to understand Nieza's gift eventually leads him to seek guidance from her father, who explains everything from an Islamic perspective. Watching his curiosity slowly grow into something much deeper was predictable, yet it was also one of the most meaningful aspects of the story.

Then the author unexpectedly shifts the story towards grief, and I was completely overwhelmed. I did not see it coming. The pain, loneliness and emptiness felt incredibly real. It reminds us that healing does not happen overnight. I really appreciate how gently this part was written because it never feels preachy. 

Nieza is truly blessed to have family and friends who never stopped loving and supporting her despite everything she had gone through.

Overall, this is a comforting read that carries meaningful reminders. If you enjoy gentle romance, supportive friendships, emotional healing and stories that weave Islamic values naturally into everyday life, this one is worth checking out.

The Memoirs of Sherlock Holmes by Sir Arthur Conan Doyle


Koleksi cerita pendek Sherlock Holmes ini antara comfort read saya. Rasanya tak perlu pun saya perkenalkan siapa Sherlock Holmes sebab hampir semua orang tahu secara kasar siapa dirinya. Seorang detektif yang menegakkan keadilan dengan cara yang tenang, perlahan tetapi sangat sistematik. Menariknya, apabila dia berada dalam keadaan tertekan, keupayaan berfikirnya semakin menyerlah.

Semua kisah ini diceritakan oleh penulis biografinya sendiri, Dr. Watson, seorang bekas pakar bedah tentera. Bersama-sama, mereka membantu ramai individu yang berdepan pelbagai misteri dan masalah melalui memoir yang menghimpunkan kes-kes unik yang pernah diselesaikan Holmes.

Antara perkara yang paling saya suka ialah setiap kali membaca, saya rasa seperti sedang berfikir bersama Holmes. Setiap hipotesis yang dikemukakannya terasa meyakinkan, bukannya sekadar red herring untuk mengelirukan pembaca. Saya juga perasan Holmes gemar menggunakan kesan tapak kasut sebagai salah satu petunjuk penting dalam siasatannya.

Cerita yang paling mengusik hati saya sudah tentu Masalah Terakhir. Kemunculan Profesor Moriarty, seorang genius Matematik yang juga ketua organisasi jenayah, benar-benar meletakkan nyawa Holmes dalam bahaya. Holmes semakin hampir mengumpulkan bukti yang mampu menjatuhkan musuhnya.

Pada asalnya, penulis bercadang menamatkan kisah Sherlock Holmes dengan membunuh watak ikonik dalam cerita ini yang diterbitkan sekitar tahun 1893. Apa yang lebih menarik, sumber di Google menyatakan kematian Holmes telah mencetuskan gelombang protes yang luar biasa pada zaman itu. Lebih 20,000 pelanggan The Strand Magazine membatalkan langganan mereka. Ramai peminat di London memakai lilitan hitam pada lengan sebagai tanda berkabung. Doyle juga menerima lambakan surat bantahan daripada para pembaca. Malah ibunya sendiri turut membantah keputusan itu. Bayangkan betapa besarnya pengaruh Sherlock Holmes sehingga reaksi peminat pada waktu itu terasa seperti kehilangan seorang adiwira!

Inkling by N. F. Afrina


Don't judge a book! I was sceptical when I first saw this book, but I always love supporting our local authors. Surprisingly, after finishing it, I DO LOVE her writing. There's something so comforting about it. Reading this while it was raining outside with my lofi playlist playing on Spotify was simply priceless. It made me feel young and innocent again.

Inkling is a collection of short stories filled with allegories and metaphors, all wrapped in poetic prose. Every story carries its own little lesson. Some remind you to cherish the present, some encourage you to love yourself and some quietly show that people come into our lives either as a blessing or as a lesson, whether good or bad. These were my favourites:

4. Heartbreak Motel. A girl dreams of building a hotel for people with broken hearts, never realising that her own heart is the one quietly breaking.
5. The Jean Jacket. A once cherished denim jacket gets passed on after years of being loved, only to be discarded by its new owner. It instantly reminded me of those school days when teachers asked us to write compositions like Aku Sebatang Pensel.
6. Daily Dose. Three simple words, "I love you", are something Kat always takes for granted until life changes. Memories of her aunt and Clip's quiet attention remind her how meaningful those words can truly be.
7. Ugg Boots. Hans definitely deserved getting smacked by those boots because he never understood what love really meant. Sometimes we only realise how precious something is after it's gone.

This book surprised me in the best way possible. It isn't plot driven or packed with twists. Instead, it gently invites you to slow down, reflect and appreciate the little things we often overlook. Some stories touched me more than others, but each left behind a thought that lingered long after I turned the last page. If you're looking for something cosy, reflective and beautifully written, Inkling might just be the perfect companion.
Khalas.

Shit by Shahnon Ahmad


Saya mencabar diri saya lagi dengan bacaan kali ini. Novelet satira politik ini pernah diharamkan sekitar tahun 1999 atas alasan kandungannya yang kontroversi dan menyentuh sensitiviti politik pada waktu itu. Nipis saja, tapi memang boleh buat kepala berasap nak sampai ke penamatnya. Walaupun ini bukan kali pertama saya membaca karya penulis, gaya bahasanya kali ini terasa jauh lebih tajam. Azwan Ali pun boleh kalah. πŸ˜‚

Suka saya tekankan bahawa penulis memang gemar menggunakan teknik prosa yang diulang-ulang dalam penulisannya. Pada awalnya memang rasa sedikit memenatkan, tapi sebenarnya ia tidaklah sesukar yang disangka kalau kita bersabarπŸ˜…. Lagipun, ramai yang sudah tahu apa yang berlaku sekitar tahun 1999, jadi sedikit sebanyak kita boleh menangkap sindiran yang cuba disampaikan. πŸ˜‚

Walaupun ditulis lebih dua dekad lalu, apa yang diperkatakan masih terasa relevan. Politik busuk itu nampaknya masih wujud sampai sekarang walau berapa kali kerajaan bertukar. Inti utama karya ini jelas, iaitu menentang korupsi, nepotisme dan kronisme yang terus membarah dalam sistem.

Ketua pemerintah yang hanya dikenali sebagai PM atau dengan gelaran Shit merupakan seorang pemimpin yang tetap berkuasa walaupun tidak begitu disenangi oleh orang di sekelilingnya. Selagi dia memegang tampuk pemerintahan, selagi itulah dia memastikan seluruh barisan kabinet tunduk dan patuh kepada setiap arahannya tanpa banyak soal.
Namun apabila bertiup khabar angin bahawa ada seseorang dalam kabinet sedang merancang untuk menjatuhkannya, PM mula menyusun strategi. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi menyingkirkan Wiraman sebelum ancaman itu menjadi lebih besar.

Wiraman tersingkir daripada kelompok kepimpinan dalam masa yang sama mendapat sokongan rakyat. Sebagai seorang orator yang hebat, dia melaungkan Reformasi! sebagai perjuangan utama untuk menjatuhkan PM dan mengembalikan kuasa kepada rakyat.
Sounds familiar? πŸ˜‚

Tidak hairanlah ia pernah diharamkan kerana sindirannya sangat pedas. Ada karya yang hanya sesuai pada zamannya. Yang ini pula, entah kenapa masih terasa hidup.

Posthumous Child by Rozlan Mohd Noor


Another day, another murder. 
As always, Inspector Mislan steals the spotlight. He is a maverick detective who doesn't exactly play by the rules and that's what makes him such an interesting protagonist.

This time, the body of a woman is found at a playground. According to her record, she was arrested three years earlier for drug possession while working as a GRO. During the autopsy, the pathologist discovers something far more disturbing. A fetus had been removed from the deceased, but not through a clinical C-section. The case is dubbed Posthumous Child. It is obvious that something far more sinister is driving the killer.

The victim had an estranged relationship with her family and her social circle introduces a surprisingly long list of persons of interest. Just when the investigation seems ready to disappear down a rabbit hole, the Head of D9 proposes another possibility by approaching the case through victimology. What if the motive is connected to black magic like kuman thong, anak kerak or kwai chai? The belief is that the spirit of an unborn child can be used to bring wealth, protection or even misfortune to others. It sounds a little far fetched, right? 🀒

Even though the pacing is a little slow, I still enjoyed how the story immerses us in the daily reality of law enforcement. There are endless paperwork, long stakeouts, procedural bureaucracy and plenty of forensic work. It feels much more grounded than Gerak Khas or CSI. πŸ˜… I especially liked how the novel includes false alarm raids and operations that do not always go according to plan. 

Mislan still carries a grudge against the hitman who shot him. That case remains open and it makes me even more eager to continue with Firebugs to see where it goes next.


Merah by Iqbal Halim


Merah ni sarat dengan realiti dunia underworld. Lebih daripada separuh buku membawa kita menyelami operasi sindiket pemerdagangan manusia dan kegiatan kongsi gelap Geng 88 yang diketuai oleh Black Tony. Dia merupakan seorang penjenayah yang sangat berpengaruh di Kuala Lumpur.

Tony dibantu oleh Ray, seorang man of few words yang bekerja sebagai pembunuh upahan dan sentiasa mengikut arahannya tanpa banyak soal. Apabila ketua polis cuba mensabotaj Tony dengan mempergunakan orang dalam organisasinya demi mengukuhkan pengaruh sendiri, satu demi satu nyawa terpaksa ditidurkan. Antara yang menjadi mangsa ialah Jessica, bekas kekasih Ray. Dalam masa yang sama, Jessica pula mempunyai misinya sendiri iaitu membantu sahabat-sahabatnya membebaskan diri daripada cengkaman Tony.

Naskhah ini padat dengan tema kegagalan sistem, korupsi pihak berkuasa, pengkhianatan dan sisi gelap manusia. Tiada siapa yang bersih kerana setiap watak mempunyai sebab dan kepentingan tersendiri.

Penulis berjaya membina plot yang konsisten dengan atmosfera yang gelap dan dramatik tapi mengekalkan elemen suspen dari awal hingga akhir. Perkembangan setiap watak juga terasa sangat hidup tak meleret. Plotnya diselang-seli dengan backstory yang menjawab banyak persoalan.

Bahagian yang paling saya suka ialah apabila Ray pergi menuntut ilmu hutan, persilatan dan kebatinan dengan Pak Lang Mail. Dari suasana kota yang penuh jenayah, penulis membawa pembaca masuk ke dunia hutan yang menyimpan pelbagai misteri. Perubahan latar ini memberikan nafas baru kepada penceritaan dan pada masa yang sama mengembangkan lagi watak Ray. Saya juga suka bagaimana elemen mistik dimasukkan secara sederhana tanpa menenggelamkan identiti thriller jenayah.

Tiada ending yang benar-benar menggembirakan tapi cukuplah kita tahu yang Ray dah insaf. Dalam dunia yang penuh keganasan, pengkhianatan dan kuasa, tidak semua orang berpeluang mendapat pengakhiran yang mereka impikan.