Muhammad Seth hampir diculik oleh sindiket menjual organ kanak-kanak semasa kecil. Penyelamatnya mati dipukul oleh penculik. Walaupun peristiwa itu berlaku 22 tahun lepas, Seth mengalami post-trauma yang menjejaskan hidupnya. Dia merasakan yang kematian penyelamatnya dulu dan perpisahan ibu bapanya sebagai punca permasalahan hidupnya.
Orked pula berjuang mendapatkan phd. Melakukan pelbagai kerja dalam satu masa bagi menampung kehidupan dan komitmen disebabkan dia tidak dapat menamatkan pengajian seperti yang ditetapkan hingga terpaksa merahsiakan masalah dari ibu bapanya di kampung.
Mereka dipertemukan dalam grab yang dipandu Orked. Dan dari situ hubungan mereka mula berputik. Nampak klise tapi bagi aku topik depresi yang dialami Orked betul-betul memberi kesan. Ditambah pula cerita ini berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Beberapa kali juga aku lap air mata ni. Apa yang aku boleh katakan walaupun kita di kelilingi keluarga dan sahabat, namun jangan ambil mudah depresi dan kesihatan mental. Sila dapatkan rawatan dari pakar! Terima kasih penulis kerana menghadiahkan naskhah realis ini sempena giveaway di X. Semoga impian penulis untuk melihat karya ini di kaca tv tercapai. 4 ⭐️