2 minggu aku habiskan buku ni.
692 muka surat.
Selalunya aku baca buku2 lain sambil2 tu.
Tapi kali ni, entah azam baru kot, aku habiskan 1 buku baru aku baca buku yang seterusnya.
Tapi banyak je buku yang sedang in progress.
Dalam 4 buku macam tu.
Itu belum tbr, jangan cakaplah.
Ok.
Berbalik pasal buku ni, aku memang kagumlah macam mana diaorang boleh buat buku spy.
Adakah mereka juga seorang spy?
Atau spy memberi cerita mereka untuk penulis itu menulis supaya lebih menarik atau macam mana?
Ini buku pertama Ludlum yang aku baca.
Sebelum ni tengok siri Borne je macam dah hebat kan.
Rasa macam dalam diri aku pun tiba2 boleh ada bakat martial art itu.
Hebat tak hebatlah.
Cuma yang aku fokuskan sebelum kepada Jenna.
Tapi selepas separuh buku sebenarnya watak dia tak penting pun.
Entah kenapa Parsifal, Ambiguity fokus kat dia.
Aku pun tak tahu.
Takde pulak diceritakan kehebatan Jenna sebagai ejen.
Kehebatan Michael dalam kes2 sebelum ini juga tak diceritakan.
At least ceritalah sikit kot.
Tapi.
Cara Michael menyelesaikan masalah itu satu persatu itu bagus.
Agak lambat sebab ramai yang terbunuh, takpe, barulah thrill kan.
Overall memang bagus.
Scene tahun 80an takde gajet canggih itu yang aku suka.