Showing posts with label #bookreview #ungukarmila #ramleeawangmurshid. Show all posts
Showing posts with label #bookreview #ungukarmila #ramleeawangmurshid. Show all posts

Ungu Karmila by Ramlee Awang Murshid





Semuanya bermula apabila Arif seorang pakar tumbuh-tumbuhan telah mengambil satu spesis bunga hutan di kawasan larangan. Dia kemudian berjaya menghasilkan tumbuhan kacukan pertama seumpamanya dinamakan Ungu Karmila. Ungu Karmila diletakkan di rumah hijau, banglo yang baru didiami bersama isteri, Karmila dan pembantu rumah mereka. Sejak dari itu hidup mereka tidak bahagia. Sehinggalah berlakunya tragedi meragut nyawa yang diklasifikasikan misteri kerana tiada senjata yang digunakan dan saksi kejadian, cuma spekulasi.

Penduduk setempat yang merupakan orang asli kuat mengatakan bahawa tapak rumah itu banyak roh jahat. Malah sebelum banglo yang diberi nama Vila Sunyi siap dibina, ia sudah memakan nyawa. 

Selepas beberapa tahun, abang Arif, Arafat telah mencari sebuah kumpulan peneroka alam ghaib bagi merungkai misteri, membersihkan nama adiknya dan sekali gus 'membuang' hantu/ entiti di rumah tersebut. 

Novel ini diterbitkan sekitar tahun 2008 hingga mencapai ke cetakan 16. Dah lama tak baca tulisan RAM. Bagi aku beliau seorang pencerita yang punya identitinya tersendiri. Karya fiksyen ini walau pun lambat aku baca tapi tetap menimbulkan rasa debaran dengan perspektif yang berbeza.