Dua tahun lepas Theeban datang ke KL dengan niat mengubah nasibnya. Bermula dengan bekerja sebagai penjual barang haram di bazar karat, dia bertemu Kaasi. Di sana dia mula mengenali Sarah yang kerap mengunjungi gerai. Sarah memperkenalkannya pula dengan figura Ibu, seorang transgender yang menjaga kelompok minoriti di kawasan gelap itu. Ibu bukan sekadar menjual nasi lemak tapi ketua dalam segala aktiviti tidak bermoral yang lain.
Pergaulannya semakin hari telah melenyapkan sifat Theeban yang dulu. Impiannya hanya ingin balik semula ke kampung selepas dia punya cukup duit. Dia terperangkap dengan rasa takut pada Ibu, rasa berbelah bahagi pada Sarah dan demi mendapatkan rawatan terhadap penyakit yang dialaminya maka dia menjerumuskan diri dengan satu lagi dosa yang tak terampunkan.
Aku tak banyak baca buku fixi. Tapi buku ni antara top 3 dalam rating terbaik. Layak untuk direalisasikan menjadi drama/ filem. Penulis dan penterjemah memang memberi sepenuh jiwa dalam karya ni. Macam real. Semua watak penting dalam menghidupkan jalan cerita. Sarat dengan adegan gore, dan moral dalam pada masa yang sama. Aku bagi 4.5 ⭐️