Showing posts with label #kaedahperancangkeluarga #iucd. Show all posts
Showing posts with label #kaedahperancangkeluarga #iucd. Show all posts

Kaedah Perancang Keluarga

Hari Isnin lepas aku telah mengambil keputusan untuk tukar kaedah family planning. Entah dah berapa tahun aku guna pil. Suntikan depo pun dah pernah guna. Jadinya sementara tunggu menopause sajalah aku nak try ni. IUCD.

Garisan putih tu alatnya. Aku tawakal je. Rasa menyesal pun tak guna. Mana² kaedah pun kalau Allah dah jadikan, maka jadilah ia. Kata doktor, lain orang lain penerimaannya. Macam aku masa nak masukkan alat ni memang azab. Rasa macam dah nak surrender tapi 3 orang attend aku masa tu. Takkan aku nak buangkan masa diaorang macam tu je. Lepas tu aku punya over-thinking aku terscroll tt. Bermacam² komen. Rata² mereka guna, pregnant. TF 

Moral of the story. Aku telan panadol, tidur. Lepas beberapa hari dah tak sakit. Dapatlah aku kongsikan pengalaman aku yang haru ni. Nak dijadikan cerita benang pun aku tak dapat rasa. Mungkin sebab period, dari pembacaan artikel.