Seorang pegawai polis, Kiri Lamari telah ditugaskan ke daerah Surabaya selepas berlakunya tragedi pembunuhan seorang pemain piano yang disifatkan sebagai mengerikan. Tubuh mangsa disalut dengan adunan garam. Tidak cukup dengan itu rambut mangsa dicukur dan ditutupi dengan rambut palsu berwarna merah. Melalui autopsi, mangsa mati ketika dibedah tanpa bius dan beberapa organ hilang.
Dalam dia dan pasukannya cuba menyelesaikan misteri, pembunuh itu melakukan dua lagi pembunuhan. Setiap karakter dikisahkan dengan baik. Penulis dari awal sudah menggambarkan antagonis seseorang bernama Lelaki Lavender dengan dendam lama ditempiaskan terhadap mangsanya. Pembaca sudah boleh mengagak siapa tapi sebab dan bukti lain telah disimpan oleh penulis untuk diselesaikan oleh Kiri Lamari seorang. Sebab itu dia diberi gelaran Penghidu Jejak! Kampret Rebus!