Kisah-kisah sendu dan pendapat tentang buku yang sengaja dikongsikan untuk memeriahkan suasana sendiri. 🦋
Showing posts with label #blogspot. Show all posts
Showing posts with label #blogspot. Show all posts
Blog yang mutakhir
Selepas beberapa lama, akhirnya aku dah berjaya menghasilkan blog sendu yang kena dengan jiwa aku yang random ni. Sebelum ni pernah buat 2 blog tapi yang pertama tu dah tak ingat password. Sayang jugak sebab blog tu lebih kepada pengalaman pertama aku sebagai ibu yang mengalami tantrum. 😅😅. Masa ni takde adsense.
Dan yang kedua. Sama juga sendu. Lebih kepada pendapat aku tentang buku yang dibaca. Aku tulis dalam bahasa Melayu. Kalau aku ada masa, aku nak copy paste kat dalam blog ni. Sebab ada buku tu yang aku dah lupa tentang apa dan aku rasa tulisan aku pada masa tu kelakar. 🤣🤣. Masa ni adsense ada problem. Sebab aku share email dengan email youtube.
Dan ini yang terakhir. Harap² aku diberi kerajinan. Nak compete dengan blogger² muda yang lain, memang aku tak mampu. Sebab aku bergerak dalam rumah saja.
Terima kasih in advance kepada yang klik iklan dan juga tetamu senyap blog ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)