Bacaan ringan.
Sempena penutupan Utusan.
Tak sampai rm10.
Berkisar tentang isu semasa dan masalah pejabat.
Point utama pasal pekerja yang ditindas oleh majikan.
Hah.
Ini selalu berlaku.
Selalunya bila berlaku macam ni golongan mentimun hanya mampu berdoa lambat laun akan ada balasan dari Allah.
Gitu.





Ok.
Pasal remaja bermasalah lagi.
Ramai betul remaja kita yang bermasalah.
Kesian.
Of course lah masalah pasal cinta depa.
Apa lagi kan?
Tapi ni hal remaja di masa depan.

Aku dapat simpulkan yang remaja di zaman mana-mana pun memang annoying.
Tiber.
Macamlah kau tak pernah remajakan.
Sabo jelah mak kau masa dulu kan.
Penampo sekali kang lari dari rumah pulak.

Ok.
Berbalik pada Dazzling Heights ni, wow cerita pasal anak2 lord ala2 Gossip Girl.
At the end, kau playing victim.
Semudah 1 2 3.
Apa yang aku musykil hidup mereka di bangunan pencakar langit saja. 
Gilalah.
Level 1000.
Kau mampoo?
Tiada penceritaan tentang di luar bangunan.
Aku andaikan masa ni ada kereta terbang.
Tiada polis.
Macam mana Calliope boleh mendapatkan retina orang lain.
Tiada pula huraian yang dia pintar teknologi.
Dia dan ibunya menipu dengan cara oldskool sekali.
Dan endingnya perlu ke sampai membunuh Mariel?
Macam tak berbaloi kot. 





Mula-mula baca rasa boring.
Pasal remaja bermasalah.
Kan?
Rasa nak lempang je Frances.
Tapi musykil jugak plane terhempas tu.
Macam kurang informasi ke apa ntah.

Ada beberapa part yang aku rasa tak penting.
Banyak monolog atau flash back tapi nasib baik tak pembahagian cerita tak panjang.

Aku terfikir-fikir apa jadi pada Frances nanti kalau dia diselamatkan.
Bukan dia akan mengalami PTSD ke?
Lagi bertambah masalah kot.
Tapi please jangan ada The Island 2.