Weeee..
Akhirnya aku dapat baca buku yang diviralkan ni.
Pada aku plotnya biasa.
Tapi dah orang minat maka bandwagonlah aku.
 Cakap pasal attention seeker aku pernah ada kawan yang tak rapat mengalami masalah jiwa macam ni.
Mungkin dia dah berbahagia dengan seorang lelaki saja.






Halamak.
Sebelum ni aku beritahu buku pasal The Owl sebelum ni kira buku terbaik akhir tahun kan?
Ini pun sama gais!
Tricky giler.
Dah nak akhir muka surat baru tahu siapa yang menjadi gunting lipatan di ibu pejabat polis chicago.
Bak kata orang kampung keep your enemy closer.
Gitu.

Mengisahkan Billy seorang detektif telah dijadikan kambing hitam untuk 4 pembunuhan yang dia tidak lakukan.
Tapi bukti menunjukkan dia yang melakukan.
Giler kan?

Macam mana dia nak defend kalau dia ada post-trauma?
2 hari aku habiskan.
Memang awesome.
Tak sangka Patterson lebih cerdas sekarang ni.






Dari Norway.
Seorang remaja perempuan mati dibunuh dengan memakai rambut palsu di kelilingi bulu burung hantu di atas lukisan pentagram dan lilin.
Pentagram aku rasa dah banyak kali aku tengok dalam Criminal Mind atau CSI.
Takde signifikannya pun.
Saja nak bikin gempak. 

Tak beritahu pun kenapa Jacob buat macam tu kepada mangsanya.
Copy cat? 
Adakah dia baik dengan Henrik? 
Tapi takde scene dia dengan Henrik.
Henrik sebagai narrator pun hanya di bahagian intro.
Kenapa dia jadi macam tu pun tak diberitahu.

Suspek hanya dapat diagak di helaian2 akhir.
Aku suka.