Pertama kali baca buku Tuah Iskandar.
Ada beberapa buku dia lagi sebelum ni.
Boleh dibaca santai.
Aku dapat rumuskan yang motivater semuanya suka orang terpengaruh dengan kata2 dia.
Bak kata dia, yang tak baik jadikan sempadan.



Kalau nak menegakkan Islam memang bukan kerja 1 oranglah.
Masyarakat kena sama2 bertanggungjawab.
Terutama ketua pemimpin.
Macam di Kampung Bukit Setugal ni, ketua kampung menunjukkan sikap tidak baik.
Tapi di pengakhiran satu cerita itu pasti ada manisnya.

Sarat dengan emosi.
Aku tak kisah sangat pasal Lebai Pa dan isterinya takde anak sebab bekalan mereka ke akhirat bukan biasa2.
Pada pendapat aku, novel ini memang patut dijadikan untuk edisi pelajar dan memenangi hadiah sastera Islam.






Agak misteri jugak perkenalan Adam dan Scarlet.
Selepas berkahwin, aku expect Adam menjadi 'orang besar' memandangkan era 70an kalau grad dari oversea mesti bukan calang-calang life mereka tapi Adam tak macam tu.
Dia macam orang tak berpelajaran nampaknya apabila ikut saja cakap mak dan isterinya.
Kalau nak digambarkan dia sebagai lelaki yang tak punya pendirian, aku terima cuma scene itu nampak pelik.

Tiada scene Adam tinggalkan ibunya. 
Perasaan ibunya?

Apa penyakit Adam?

Kebetulan pulak Hiza pun orang Perelih.

Dan beberapa kesalahan kecil.