Aku dah dapat agak ending cerita ni.
Hanya pencinta kucing saja yang dapat rasa bagaimana bonding sesama mereka.
Disebabkan hubungan aku tak berapa baik dengan kucing sebelum ni maka aku tak naklah jadi hipokrit mengatakan aku sayangkan kucing.

Selalunya kita baca naratif sebagai penjaga kucing saja tapi kali ini naratifnya menarik.

Apa yang penting, nasihat untuk diri sendiri ; mati itu pasti.





Cover nampak tacky.
Penulis aku tak kenal.
Tapi.
Suprisingly, cerita bagus untuk dibaca.
Walaupun ia SEAL series tapi takdelah rumit sangat kehidupan mereka hingga sukar kita faham.
Tapi penulis pandai membawa pembaca melihat ke arah lain kehidupan seorang pegawai navy ni.

Mengisahkan Peter Greene yang mendapat hak penjagaan anaknya selepas ex-girlfriendnya kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya.
Tiada narrator atau hal - hal berkaitan dengan Lisa Nakamura.
Peter pun tak describe pasal dia selain ancestornya berasal dari Jepun dan perangainya yang tak tetap pendirian.















Bacaan ringan.
Sempena penutupan Utusan.
Tak sampai rm10.
Berkisar tentang isu semasa dan masalah pejabat.
Point utama pasal pekerja yang ditindas oleh majikan.
Hah.
Ini selalu berlaku.
Selalunya bila berlaku macam ni golongan mentimun hanya mampu berdoa lambat laun akan ada balasan dari Allah.
Gitu.