Cover nampak tacky.
Penulis aku tak kenal.
Tapi.
Suprisingly, cerita bagus untuk dibaca.
Walaupun ia SEAL series tapi takdelah rumit sangat kehidupan mereka hingga sukar kita faham.
Tapi penulis pandai membawa pembaca melihat ke arah lain kehidupan seorang pegawai navy ni.
Mengisahkan Peter Greene yang mendapat hak penjagaan anaknya selepas ex-girlfriendnya kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya.
Tiada narrator atau hal - hal berkaitan dengan Lisa Nakamura.
Peter pun tak describe pasal dia selain ancestornya berasal dari Jepun dan perangainya yang tak tetap pendirian.