Kalau baca buku Arena Wati tidak boleh tidak mesti akan rasa kagum dengan dia.
Pengalamannya sebagai pekerja kapal dan ahli akademik diadaptasikan ke cerpen dan novel-novelnya.
Dari mana dia dapat mengingati zaman-zaman yang ditinggalkan aku tak tahu mungkin dengan selalu membuat catatan.
Terbahagi kepada 3 genre.
Aku ulas cerita Samira dulu.
Sebab lokasinya di Johor Bahru maka aku macam tertarik.
Walaupun cerita ini fiksyen sepertinya macam pernah berlaku.
Cuma aku confuse dengan watak Bahira dan Bahari.
Bahira; kenapa dia tak langsung bertemu dengan keluarga Samira bila dia tahu yang mereka adalah keluarga yang dicari selama ini. 
Dia nak menuntut dendamkah?
Macam mana nak menuntut dendam kalau tak bertemu berdepan dengan anak-anak buahnya sendiri?
Yang last sekali part kahwin dengan Ahliang.
Emmm..
Bahari; yang aku rasa kelakar part dia colek Samira. Kenapa? 
Walau pun dia tahu Samira baik.
Walau pun nampak kelakar di mata aku tapi Arena Wati tetap penulis kegemaran aku dan dia the best!














Relevankan?
Kadang-kadang tu tak payah dialog pun dah boleh buat pembaca tersenyum.
Tentang kerjaya chedet fastforward.
Tapi kalau Lat sertakan tarikh dan sedikit pandangan/ nota kaki beliau di setiap lukisan pasti menarik.
Pembaca yang lahir tahun 70an ke atas pasti merasakan nostalgia itu.





Perkara pertama yang aku nak buat selepas habis baca The Country Girls adalah tampar muka Caithleen dan Baba.
Disebabkan ini trilogi maka aku kena tampar 6 kali.
Memang kalau presiden kaum wanita aktif lagi - iaitu seniwati Sarimah, dia pun tak suka perkara2 yang boleh menjatuhkan maruah wanita macam ni.
Nasib baiklah ini cuma fiksyen semata2.
Hagitu.
Betapa aku menjiwai watak2 utama yang tak guna itu.

Buku ini memang berhantu.
Watak2nya sungguh mengesankan.
Tak rugi menghabiskan 680 muka surat.
Aku rasa penulis saja mahu mengoyak2 imej perempuan itu untuk memberitahu yang perempuan sepatutnya tidak dipersia2kan.