Perkara pertama yang aku nak buat selepas habis baca The Country Girls adalah tampar muka Caithleen dan Baba.
Disebabkan ini trilogi maka aku kena tampar 6 kali.
Memang kalau presiden kaum wanita aktif lagi - iaitu seniwati Sarimah, dia pun tak suka perkara2 yang boleh menjatuhkan maruah wanita macam ni.
Nasib baiklah ini cuma fiksyen semata2.
Hagitu.
Betapa aku menjiwai watak2 utama yang tak guna itu.

Buku ini memang berhantu.
Watak2nya sungguh mengesankan.
Tak rugi menghabiskan 680 muka surat.
Aku rasa penulis saja mahu mengoyak2 imej perempuan itu untuk memberitahu yang perempuan sepatutnya tidak dipersia2kan.