Warga Kesunyian menghimpunkan beberapa watak yang hidup dalam fasa paling rapuh dalam kehidupan mereka. Marya bekerja di sebuah hotel dengan menjaga buku log hilang dan jumpa, memikul trauma kehilangan anak serta keluarganya dalam satu kebakaran.
Gemma pula kembali bertemu ibunya, Ching, selepas dua puluh tahun terpisah akibat salah faham. Pertemuan itu tidak membawa kelegaan sepenuhnya kerana Ching kini menghidap Alzheimer.
Via tenggelam dalam kesedihan selepas putus cinta. Pertemuannya dengan Randall, yang kehilangan isteri, membuka ruang tentang duka dan proses memulihkan diri, walaupun tidak sembuh sepenuhnya.
Ronald, bekas banduan terpaksa berpisah dengan anaknya sekali lagi. Persahabatannya dengan seorang kanak-kanak membuatkan dia menyedari betapa banyak masa lalu yang telah disia-siakan, dan betapa sukarnya untuk melafazkan kata maaf yang tertangguh.
Cindy pula kehilangan cincin pertunangannya selepas keguguran, satu kehilangan kecil yang membawa kepada renungan besar tentang kehidupan. Sementara itu, Dan Ian menerima mesej misteri yang kandungannya seakan membaca isi hatinya sendiri.
Kesemua watak ini berkongsi satu persamaan, hari-hari mereka berlalu tanpa makna yang jelas, dan orang yang singgah dalam hidup mereka hadir bukan untuk kekal, tetapi untuk menyedarkan mereka tentang sesuatu. Warga Kesunyian bercerita tentang manusia yang terperangkap dalam sunyi, dan proses perlahan untuk berdamai dengan takdir. Sebagai novel debut, struktur ceritanya tersusun dan konflik batin wataknya terasa hidup dengan tema universal tentang kehilangan, dan keterasingan. Walaupun terjemahannya kadang-kadang terasa janggal dan ada pilihan frasa yang kurang sedap dibaca, keseluruhannya masih boleh difahami dan meninggalkan kesan yang mendalam. 4.3 ⭐
🖤
Kisah-kisah sendu dan pendapat tentang buku yang sengaja dikongsikan untuk memeriahkan suasana sendiri. 🦋
Showing posts with label #bookreview #wargakesunyian #kannikaclaudine. Show all posts
Showing posts with label #bookreview #wargakesunyian #kannikaclaudine. Show all posts
Warga Kesunyian by Kannika Claudine
Subscribe to:
Comments (Atom)