Inkling by N. F. Afrina


Don't judge a book! I was sceptical when I first saw this book, but I always love supporting our local authors. Surprisingly, after finishing it, I DO LOVE her writing. There's something so comforting about it. Reading this while it was raining outside with my lofi playlist playing on Spotify was simply priceless. It made me feel young and innocent again.

Inkling is a collection of short stories filled with allegories and metaphors, all wrapped in poetic prose. Every story carries its own little lesson. Some remind you to cherish the present, some encourage you to love yourself and some quietly show that people come into our lives either as a blessing or as a lesson, whether good or bad. These were my favourites:

4. Heartbreak Motel. A girl dreams of building a hotel for people with broken hearts, never realising that her own heart is the one quietly breaking.
5. The Jean Jacket. A once cherished denim jacket gets passed on after years of being loved, only to be discarded by its new owner. It instantly reminded me of those school days when teachers asked us to write compositions like Aku Sebatang Pensel.
6. Daily Dose. Three simple words, "I love you", are something Kat always takes for granted until life changes. Memories of her aunt and Clip's quiet attention remind her how meaningful those words can truly be.
7. Ugg Boots. Hans definitely deserved getting smacked by those boots because he never understood what love really meant. Sometimes we only realise how precious something is after it's gone.

This book surprised me in the best way possible. It isn't plot driven or packed with twists. Instead, it gently invites you to slow down, reflect and appreciate the little things we often overlook. Some stories touched me more than others, but each left behind a thought that lingered long after I turned the last page. If you're looking for something cosy, reflective and beautifully written, Inkling might just be the perfect companion.
Khalas.

Shit by Shahnon Ahmad


Saya mencabar diri saya lagi dengan bacaan kali ini. Novelet satira politik ini pernah diharamkan sekitar tahun 1999 atas alasan kandungannya yang kontroversi dan menyentuh sensitiviti politik pada waktu itu. Nipis saja, tapi memang boleh buat kepala berasap nak sampai ke penamatnya. Walaupun ini bukan kali pertama saya membaca karya penulis, gaya bahasanya kali ini terasa jauh lebih tajam. Azwan Ali pun boleh kalah. πŸ˜‚

Suka saya tekankan bahawa penulis memang gemar menggunakan teknik prosa yang diulang-ulang dalam penulisannya. Pada awalnya memang rasa sedikit memenatkan, tapi sebenarnya ia tidaklah sesukar yang disangka kalau kita bersabarπŸ˜…. Lagipun, ramai yang sudah tahu apa yang berlaku sekitar tahun 1999, jadi sedikit sebanyak kita boleh menangkap sindiran yang cuba disampaikan. πŸ˜‚

Walaupun ditulis lebih dua dekad lalu, apa yang diperkatakan masih terasa relevan. Politik busuk itu nampaknya masih wujud sampai sekarang walau berapa kali kerajaan bertukar. Inti utama karya ini jelas, iaitu menentang korupsi, nepotisme dan kronisme yang terus membarah dalam sistem.

Ketua pemerintah yang hanya dikenali sebagai PM atau dengan gelaran Shit merupakan seorang pemimpin yang tetap berkuasa walaupun tidak begitu disenangi oleh orang di sekelilingnya. Selagi dia memegang tampuk pemerintahan, selagi itulah dia memastikan seluruh barisan kabinet tunduk dan patuh kepada setiap arahannya tanpa banyak soal.
Namun apabila bertiup khabar angin bahawa ada seseorang dalam kabinet sedang merancang untuk menjatuhkannya, PM mula menyusun strategi. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi menyingkirkan Wiraman sebelum ancaman itu menjadi lebih besar.

Wiraman tersingkir daripada kelompok kepimpinan dalam masa yang sama mendapat sokongan rakyat. Sebagai seorang orator yang hebat, dia melaungkan Reformasi! sebagai perjuangan utama untuk menjatuhkan PM dan mengembalikan kuasa kepada rakyat.
Sounds familiar? πŸ˜‚

Tidak hairanlah ia pernah diharamkan kerana sindirannya sangat pedas. Ada karya yang hanya sesuai pada zamannya. Yang ini pula, entah kenapa masih terasa hidup.

Posthumous Child by Rozlan Mohd Noor


Another day, another murder. 
As always, Inspector Mislan steals the spotlight. He is a maverick detective who doesn't exactly play by the rules and that's what makes him such an interesting protagonist.

This time, the body of a woman is found at a playground. According to her record, she was arrested three years earlier for drug possession while working as a GRO. During the autopsy, the pathologist discovers something far more disturbing. A fetus had been removed from the deceased, but not through a clinical C-section. The case is dubbed Posthumous Child. It is obvious that something far more sinister is driving the killer.

The victim had an estranged relationship with her family and her social circle introduces a surprisingly long list of persons of interest. Just when the investigation seems ready to disappear down a rabbit hole, the Head of D9 proposes another possibility by approaching the case through victimology. What if the motive is connected to black magic like kuman thong, anak kerak or kwai chai? The belief is that the spirit of an unborn child can be used to bring wealth, protection or even misfortune to others. It sounds a little far fetched, right? 🀒

Even though the pacing is a little slow, I still enjoyed how the story immerses us in the daily reality of law enforcement. There are endless paperwork, long stakeouts, procedural bureaucracy and plenty of forensic work. It feels much more grounded than Gerak Khas or CSI. πŸ˜… I especially liked how the novel includes false alarm raids and operations that do not always go according to plan. 

Mislan still carries a grudge against the hitman who shot him. That case remains open and it makes me even more eager to continue with Firebugs to see where it goes next.


Merah by Iqbal Halim


Merah ni sarat dengan realiti dunia underworld. Lebih daripada separuh buku membawa kita menyelami operasi sindiket pemerdagangan manusia dan kegiatan kongsi gelap Geng 88 yang diketuai oleh Black Tony. Dia merupakan seorang penjenayah yang sangat berpengaruh di Kuala Lumpur.

Tony dibantu oleh Ray, seorang man of few words yang bekerja sebagai pembunuh upahan dan sentiasa mengikut arahannya tanpa banyak soal. Apabila ketua polis cuba mensabotaj Tony dengan mempergunakan orang dalam organisasinya demi mengukuhkan pengaruh sendiri, satu demi satu nyawa terpaksa ditidurkan. Antara yang menjadi mangsa ialah Jessica, bekas kekasih Ray. Dalam masa yang sama, Jessica pula mempunyai misinya sendiri iaitu membantu sahabat-sahabatnya membebaskan diri daripada cengkaman Tony.

Naskhah ini padat dengan tema kegagalan sistem, korupsi pihak berkuasa, pengkhianatan dan sisi gelap manusia. Tiada siapa yang bersih kerana setiap watak mempunyai sebab dan kepentingan tersendiri.

Penulis berjaya membina plot yang konsisten dengan atmosfera yang gelap dan dramatik tapi mengekalkan elemen suspen dari awal hingga akhir. Perkembangan setiap watak juga terasa sangat hidup tak meleret. Plotnya diselang-seli dengan backstory yang menjawab banyak persoalan.

Bahagian yang paling saya suka ialah apabila Ray pergi menuntut ilmu hutan, persilatan dan kebatinan dengan Pak Lang Mail. Dari suasana kota yang penuh jenayah, penulis membawa pembaca masuk ke dunia hutan yang menyimpan pelbagai misteri. Perubahan latar ini memberikan nafas baru kepada penceritaan dan pada masa yang sama mengembangkan lagi watak Ray. Saya juga suka bagaimana elemen mistik dimasukkan secara sederhana tanpa menenggelamkan identiti thriller jenayah.

Tiada ending yang benar-benar menggembirakan tapi cukuplah kita tahu yang Ray dah insaf. Dalam dunia yang penuh keganasan, pengkhianatan dan kuasa, tidak semua orang berpeluang mendapat pengakhiran yang mereka impikan.

The Lady Killer by Masako Togawa


This is insane! The author is such a storyteller. With multiple narrators, I got to see different layers of the story and gain a deeper understanding of every character involved. It proves that sometimes it takes more than just one perspective to uncover the whole truth.

A man named Ichiro Honda is married to a wife who lives in a different city. He has grown comfortable living a double life, enjoying the freedom of a single man most of the time while finding solace in the arms of different women. His targets are never professional women or those who live alone. Not long after each casual relationship, three women are found strangled. The only thing connecting them is Honda himself.

Adding to the intrigue, Honda keeps a diary called The Huntsman's Log, where he records all of his adventures with women. The timeline unfolds through this journal, giving readers access to his thoughts and actions. Such a handy piece of evidence, right? πŸ˜…
Ten days later, Honda is arrested for murder.

At that point, I thought the author was leading me straight to the obvious conclusion. I really wanted Honda to be guilty and sentenced to death. He is far from a likeable character and everything seems to point directly at him. 

Honda insists that someone has been trying to set him up ever since some of his belongings mysteriously went missing. One by one, pieces of evidence begin to surface, each weighing heavily against the defendant. The more I read, the less certain I became. 

I also enjoyed the insight into the legal world. It added another layer to the mystery without slowing the pace. Every new revelation blurred the line between guilt and innocence. 
Thanks to @pushkin_press and @netgalley for the review copy. πŸ’š

Penunggu Pulau Salik by Ilham Mazalan


All Hail MahaKacip!
Saya sengaja tak baca blurb dan review buku ni sebab nak naikkan lagi meter keseraman dalam diri. Kalau nak rasa pengalaman yang lebih menyeramkan, bacalah waktu malam.

Mengisahkan sekumpulan staf Zoo Kuala Lumpur yang bercuti ke Pulau Salik. Pulau Salik merupakan sebuah perkampungan terpencil tapi bagi mereka yang nak lari daripada kesibukan bandar, inilah percutian yang paling dinanti-nantikan.

Pulau Salik pula kaya dengan mitos dan kepercayaan kuno. Dalam perjalanan ke sana, kereta sewa mereka berlanggar dengan seekor anak kambing. Sudahlah panik, mereka pula dituduh sebagai pembunuh oleh seorang perempuan tua. Kata-kata perempuan tua itu seolah-olah membawa petanda malang. Belum sempat mereka menghadam apa yang berlaku, perempuan tua bersama kambing itu hilang sekelip mata! Woah! πŸ™€πŸ™€

Itulah permulaan kepada segala mimpi ngeri yang menanti mereka. Pelbagai kejadian menyeramkan berlaku sepanjang berada di Pulau Salik. Yang paling saya kagum, mereka berlima masih mampu kekal positif. πŸ˜‚ Kalau bukan sebab cuaca buruk, rasanya memang tak balik lagi agaknya. Menurut penduduk di situ, mereka sebenarnya sudah terkena sumpahan. 

Dari situlah mereka tahu bahawa percutian ke Pulau Salik sebenarnya hanyalah satu perangkap. Semuanya berpunca daripada kepercayaan karut untuk menghentikan sumpahan yang menghantui penduduk setempat. Kononnya, seseorang dari luar pulau perlu dijadikan korban. Di sinilah semangat setiakawan mereka benar-benar diuji. Nak keluar dari pulau itu bukan mudah apabila mereka sendiri menjadi buruan roh jahat.

Cuba bayangkan, selama 300 tahun tak ada langsung satu idea yang benar-benar bernas untuk menyelamatkan Pulau Salik. Nasib baiklah muncul lima budak Gen Z yang berani dan nekad jadi ghostbuster. πŸ˜‚

Saya suka macam mana penulis membina momentum cerita. Macam roller coaster bila baca buku ni. Ini merupakan bacaan kedua saya daripada penulis selepas Cinta Terbelah di Laut Merah dan sekali lagi dia berjaya menghiburkan saya. Please, don't die and keep writing! 

The Honjin Murders by Seishi Yokomizo


This is the first Kosuke Kindaichi novel in the series and I finally got to learn how he became a detective and a little of his backstory. I honestly didn't remember that he stammered or had a drug addiction, though. Because of his remarkable powers of insight and observation, Kindaichi was invited by Ginzo Kubo his benefactor to investigate the murder of Ginzo's niece, Katsuko Kubo.

Katsuko Kubo was about to marry a respectable man, Kenzo Ichiyanagi, a renowned scholar and the current master of the Ichiyanagi household. Back in the Edo period, the Ichiyanagi residence had served as a honjin, an inn reserved for nobility and other distinguished guests. Katsuko was far from being the family's favourite bride-to-be, yet the marriage went ahead as planned.

The wedding took place on 25 November 1937. On that very night, a horrifying crime was committed. Kenzo and his newlywed wife, Katsuko, were found dead inside a locked room. The murder weapon was a katana belonging to the Ichiyanagi family. Rumours quickly spread that the tragedy was connected to a curse from the past.

There were countless theories, speculations and unanswered questions surrounding the case before Kosuke Kindaichi came into the picture. The mystery is packed with suspense and red herrings. I spent the entire novel trying to figure out the identity of the murderer. Just when I thought I had it all worked out, Kindaichi seemed determined to stay one step ahead. πŸ˜…

This classic whodunnit is filled with complex characters, unexpected twists and enough secrets to make everyone in the house seem suspicious. When money, inheritance and family reputation are involved, it feels like every single person is hiding something. First published in 1946, The Honjin Murders remains an engaging and clever locked-room mystery.



Mokhtar 1969 by Amirul Idham


Terbaik. Itu kata terakhir saya selepas selesai membaca novel bestseller ini. Sebagai seorang penggemar genre psychological thriller, saya memang suka dengan plot dan premis novel ini yang selari dengan pace penceritaannya.

Kisah bermula pada tahun 1969 apabila Malaysia digemparkan dengan pembunuhan bersiri yang dikenali sebagai Pembunuh Simbol. Kesemua mangsa mempunyai MO yang sama. Mangsa terdiri daripada perempuan muda yang dipengsankan menggunakan kloroform sebelum dicekik hingga mati. Pelaku akan menoreh simbol di pergelangan tangan kiri mangsa.
Pegawai polis penyiasat, Inspektor Mokhtar merupakan seorang yang cukup komited dengan kerjayanya. Kes ini bersifat peribadi kerana teman wanitanya sendiri merupakan salah seorang mangsa Pembunuh Simbol.

Namun, pada suatu malam ketika dia yakin yang dia bakal berdepan dengan pembunuh itu, dia pula diserang hendap. Keadaannya parah dan apabila dia tersedar daripada pengsan, dia mendapati dirinya berada pada tahun 2025. Hah! πŸ˜‚ Suspens, kan?

Yang lebih tidak masuk akal, dia ditemui berhampiran satu lagi mangsa pembunuhan bersiri, cuma kali ini pada tahun 2025. Bermatian Mokhtar cuba menerangkan kepada pegawai polis dan doktor yang merawatnya bahawa dia ialah Inspektor Mokhtar yang sedang menyiasat kes Pembunuh Simbol pada tahun 1969!

Saya dapat bayangkan agak sukar untuk mencipta suasana tahun 1969, tetapi itu bukan masalah utama di sini. Penulis bijak mengalihkan perhatian pembaca kepada misteri pembunuhan itu sendiri. Saya juga suka bagaimana elemen penyiasatan dan unsur fiksyen sains digabungkan tanpa membuatkan cerita terasa terlalu berat.

Walaupun ada beberapa perkara yang saya sengaja tak fikir panjang sebab nak menikmati perjalanan cerita, itu langsung tak mengganggu pengalaman membaca saya. Malah, saya rasa elemen itu yang menjadikan novel ini lebih menyeronokkan. Dan bila akhirnya identiti serta pengakuan si pembunuh didedahkan barulah saya boleh tidur malam dengan nyenyak! πŸ˜‚


Children We Never Had by Nadia Khan



I don't remember the last time I finished a book in less than 24 hours. Oh, how I miss being young, stupid, irresponsible and binging girly dramas like there's no tomorrow. This story has exactly that vibe. Raw, bitchy and messy. πŸ˜…

Abby is hardly a poster girl and she's definitely far from the girl next door, yet she simply chooses not to be. Call her egocentric or self sabotaging if you want, but she's completely full of herself. Her business with Yazid was flourishing when they couldn't resist a one night stand, despite her swearing she wasn't looking for anything serious in the first place. Did I forget to mention that he's married? Haha. The author drops that bomb almost like a punchline.

It's open book 101. If you play with fire, then be prepared to face the consequences. Both of them paid the price. Abby's postpartum depression and years of repression are not easy to read through (I'm not kidding, though). She's considered lucky because she had her mother, sister, Rudy and Cikgu Khairul to help her cope with the misery. I did cry when she finally visited Adalia's grave.

I know, I know. Abby is no angelic heroine, but her flaws and selfishness are products of a harsh environment and that makes her character driven journey all the more compelling. Unpopular opinion, I love her. 😭 What makes unlikeable characters so fascinating is that they give a voice to the inner demons that exist inside all of us. Fr.

I must say this is one of the most valuable reading experiences I've had when it comes to antiheroes. Understanding why people become who they are teaches us important life lessons, even when the process is slow, painful and imperfect.

This story dives deeply into interpersonal relationships, domestic life, family dynamics, motherhood, maternal instinct and personal growth. 4.5 ⭐

Dia Dan Nya by Sutung Umat Rs

Saya sengaja mencabar minda dan emosi untuk membaca dan membedah novel ini walaupun saya tahu ia bukan genre kegemaran saya. Kalau saya tak baca blurb karya ini terlebih dahulu, memang akan ke laut dalam dibuatnya. Novel ini tidak bergerak dengan plot lazim yang biasa kita jumpa. Sebaliknya, ia lebih menumpukan kepada idea, permainan bahasa, visual dan cebisan emosi. Di dalamnya juga terselit perbualan dan garis masa yang seolah-olah diulang secara rawak.

Watak Dia dengan personaliti yang konsisten ini sebenarnya ialah watak yang dicipta penulis untuk novel terbarunya. Saya juga merasakan Dia sedang berdepan dengan semacam midlife crisis. Dia sering mempersoalkan dirinya sendiri tentang segala dosa dan kesilapan masa lalu. Ada kenangan yang indah dan ada juga yang menyakitkan. Yang menyakitkan itulah yang paling kerap bermain-main di benaknya.

Dalam diri Dia juga ada Nya. Entiti atau suara dalaman yang sentiasa menyedarkan dan mendorong Dia untuk berbuat kebaikan. Kata Nya, "Jangan menyeksa dan membunuh dirimu dengan masa lalu." Tetapi seperti manusia biasa, kadang-kadang Dia mendengar dan kadang-kadang tidak. Kisah lama tetap diulang dan kenangan lama tetap datang menjengah.

Begitulah secara ringkas hubungan dan dialog antara Dia dengan Nya. Perbualan mereka menyentuh pelbagai aspek kehidupan seperti kekuasaan Allah, perpaduan, agama dan politik. Ia diselang-seli dengan anekdot tentang pelbagai peristiwa yang berlaku di dalam dan luar negara. Selain refleksi diri, penulis turut menyelitkan kritikan terhadap penjajah, ahli politik yang membelenggu masyarakat, nilai moral yang semakin terhakis serta idea dan harapan untuk sastera tanah air.

Terus terang, ini bukan bacaan yang mudah untuk saya. Semasa saya mula-mula membaca karya penulis ini dulu, saya memberikan rating yang rendah sebab saya seorang mood reader. Namun selepas melewati usia yang lebih matang (ke?) saya mula merasakan setiap buku wajar diraikan jika kena dengan masanya. 


Philanthropists by Rozlan Mohd Noor


This is my second time reading an Inspector Mislan novel after The Soulless. Instead of going back and reading the author's earlier works that I spotted on Libby, I decided to skip ahead. Because why not, kan? πŸ˜‚

The timing felt just right too. I was reading this while discussions about UNHCR refugees and illegal immigrants were making headlines around the country, which made some of the themes in the book feel even more relevant.

Inspector Mislan has just returned to the D9 Special Investigations Unit after spending eight months recovering from an attempted murder. Not long after his return, he and his team are assigned to investigate a double murder. Two men have been shot dead inside a house. Nothing appears to be missing, not even bundles of drugs found at the scene. Their first assumption is that it could be a drug deal gone wrong. The problem is that the deeper they dig, the harder it becomes to identify both the killer and the motive.

What I liked was how the author never rushes to connect this suspicious case to the previous one, despite the similarities in the MO being hard to ignore. Instead, he allows the investigation to unfold at its own pace, letting the clues emerge naturally.

Things become even more complicated because the story takes place during the Covid 19 pandemic. With the MCO being extended, an NGO suddenly comes under scrutiny after receiving a large donation from an unknown source. From there, more evidence begins to surface.

The story is packed with police procedural details and the realities of bureaucracy. It also touches on xenophobia, illegal immigration, drugs, PTSD, vigilantism, and the challenges of living through a pandemic. And the ending? Mind blown. Literally. 🫣

I wonder why the television adaptation of the Inspector Mislan series has yet to make it to our screens. Or is it still stuck somewhere in development? 

Gosip by Marwilis


Semasa saya baru berjinak-jinak membaca novel English, Jackie Collins adalah antara penulis kegemaran saya. Jadi bila baca novel ni rasa mengimbau kembali gaya penceritaannya yang penuh dengan dunia glamor dan skandal. Fun fact, penulis ini adalah ayah kepada novelis, Ahadiat Akashah. Jadi, faham-faham sajalah lenggok bahasanya. Saya rasa kalau cerita ini dimuat naik di Wattpad pada zaman sekarang, memang boleh dapat view yang tinggi, no pun intended. Ceritanya fast-paced sebab banyak dialog diselitkan. Latar dan vibe cerita seperti awal 90an walaupun penulis menyatakan ia berlaku sekitar tahun 2000an. 

Mengisahkan Cat atau nama sebenarnya Siti Khatijah seorang peragawati yang baru di pentas peragaan dan dunia lakonan. Rezekinya bagaikan datang bergolek ditambah dengan kecantikan dan bakat yang datang seiring.

Lufti pula ialah pengurus Cat dan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Cat ke dunia glamour ini. Seperti biasa kalau ada gula pasti ada semut yang nak menghurung. Ramai orang kenamaan mahu mendekati tapi untuk Cat menerima lelaki yang biasa-biasa tiada dalam agendanya.

Namun apabila Dato' Jamal seorang jutawan mencuba nasib, Cat dan Lufti menjadi gelap mata dengan segala kemewahan yang ditawarkan. Dari situlah gosip tentang Cat tersebar. Kebanyakkannya bersifat negatif. Itulah secara ringkas kehidupan yang Cat sendiri mahu. Konflik mula menarik apabila anak Dato'Jamal, Lily merupakan musuh lama Cat sejak zaman sekolah muncul. Kedua-duanya mahu membuktikan siapa yang jatuh dulu dan endingnya amat memuaskan hati.

Secara keseluruhan, ada nada kritikan pedas terhadap realiti dunia hiburan tempatan. Selain itu, penulis juga memperlihatkan peranan wartawan hiburan dalam membentuk imej seseorang artis serta cabaran untuk kekal relevan dalam industri yang sarat dengan muslihat dan persaingan. 

#bookreview #gosip #marwilis #bookrecs #bookstagram

Big Trouble in Little Paradise by Nathaniel Sario


Another underrated story from Fixi. I give this one 5 ⭐.
What I love most about this book is the writing. The author has a way of making me feel intrigued from the very beginning. You can tell he did enough research to make the story believable and give me a glimpse of what the characters are about to experience.

Darat Kumut is a small town in Tawau. Tourists are drawn to its quiet atmosphere, tranquility, serenity, beautiful scenery, friendly locals, luxurious resorts, and casino. On the surface, it seems like the perfect getaway. Yet, every place has its dark side.

Wesley Moysin was once a news reporter. Looking for a fresh start, he moved to Darat Kumut and began working at All Convenience Store, owned by his aunt. Not long after settling in, he had a confrontation with Tommy Asandu, a local troublemaker who seemed to attract nothing but problems wherever he went. 

A few weeks later, Tommy's body was found floating near the jetty. The autopsy concluded that he had died from a heroin overdose.

The problem is, Wesley is not entirely convinced.
He suffers from memory blanks and cannot remember what he was doing on the night Tommy died. Still haunted by trauma from his previous job, he struggles to trust his own memories. His co worker's aunt at the store who also a celebrated crime novelist, encourages him to write again and investigate Tommy's death. Perhaps uncovering the truth will help him get back on track.

As Wesley digs deeper, he discovers that Tommy's death may be connected to the disappearance of a girl several months earlier and a drug trafficking operation. A single suspicious death turns into two homicides and before long, Wesley's life is in jeopardy. 

At first, I thought this would be another straightforward crime story. But the author really showcases his talent here. The protagonist is compelling, the pacing is sharp, and the world building makes Darat Kumut feel alive. As a whodunit, the novel does a great job of keeping readers guessing. Kudos!


Libby

Pstt!! 
Dah download Libby ke?
Boleh tahan juga pilihan bukunya.
Memang tak banyak tapi oklah untuk yang malas nak pergi library macam saya. πŸ˜‚

Antara buku yang saya pinjam. Ini adalah 2 library yang berbeza. Kalau di PNM boleh pinjam hingga seminggu. Kalau Ithra boleh pinjam 2 minggu. Harap² dapat baca laju sikit untuk beri laluan orang lain.

Anticipated read. Tunggu turn. Tak tahulah bila kan? Takpe beratur je. πŸ˜‚


Kelab Pencurang Cinta by Nami Cob Nobbler


Pernah dengar orang kata reunion sekolah sebenarnya satu scam? Inilah yang berlaku kepada watak-watak dalam novel ini. Masing-masing cuba mencari validation di mata orang lain. Dari kerjaya hinggalah status perhubungan, semuanya seolah-olah perlu dipamerkan untuk membuktikan bahawa hidup mereka berjaya. Antaranya ialah Radzi dan Emma. Mereka pasangan yang bercinta sejak zaman sekolah dan kini kelihatan hidup bahagia dengan kerjaya yang cemerlang.

Afif pula mewakili watak yang dilabel sebagai loser. Dia seorang penulis dan masih belum berkahwin. Apabila grup reunion sekolah ingin membuat perjumpaan, Afif rasa tak sedap hati. Lapan belas tahun lepas dia pernah crush dengan Emma. Sebab itulah dia beria nak join reunion kali ini.

Dari saat reunion itulah, Emma mula merasakan bahawa selama ini dia mungkin tersalah menilai sikap sebenar suaminya. Rahsia yang disimpan Radzi akhirnya terbongkar dan membuka ruang kepada keretakan yang tidak pernah dia jangka.

Pada masa yang sama, dia mula menemui keserasian yang selama ini tidak sedarinya dalam diri Afif. Walaupun nampak macam melodrama ia membuatkan saya terus ingin tahu bagaimana kesudahan hubungan mereka.

Di sebalik konflik Afif, Emma dan Radzi, watak yang paling saya suka ialah Pak Ajis. Wataknya jelas matang dan idealistik. Dia sudah menganggap Afif seperti anak sendiri. Saya berharap Afif belajar banyak lagi erti kehidupan darinya.

KPC berjaya menyampaikan mesej yang berat melalui penceritaan yang santai. Novel ini menyentuh tentang pencarian identiti, tekanan sosial, obsesi manusia dengan kejayaan dan kesempurnaan walaupun hakikatnya tidak begitu.

Jika Awek Chuck Taylor boleh jadi bestseller, saya rasa KPC juga mempunyai potensi yang sama. Nadanya bebas, nakal dan dekat dengan realiti. Selamat datang ke dunia yang tidak sempurna untuk pembaca matang.


Murder In The Crooked House by Soji Shimada


The Crooked House or the Ice Floe Mansion is a peculiar looking structure with a tower that looks like the Leaning Tower of Pisa with surfaces made of glass and an interior that resembles a maze in some ways. The lord of the manor, Kozaburo Hamamoto, was nearly seventy years old when he invited a group of guests to spend Christmas at his extraordinary home.

From the very first night, some of the guests experienced strange and frightening incidents. Others seemed doubtful about what they had witnessed, brushing the stories aside as imagination or misunderstanding. But while everyone was distracted by the growing tension and confusion, murder struck.

A murder inside a locked room is always an appealing premise for a mystery novel. When the second murder happened, once again inside a locked room, the police officers at the local precinct had no choice but to accept help from a fortune teller, Kiyoshi Mitarai.

He is also known as an eccentric detective and is accompanied by his friend, Kazumi Ishioka. I had almost forgotten just how quirky Kiyoshi is. He drives everyone in the household crazy with his behaviour, yet somehow continues to be several steps ahead of everyone else. Of course, he claims to know who the culprit is almost immediately which I was unwilling to believe. Hehe.πŸ˜…

At that point, the mystery became even more intriguing. While reading this novel, I came across footage of legal expert discussing crime of passion. Some are born nasty, while others simply spend their lives waiting for the right opportunity to kill.

What fascinated me most about this story was the motive behind everything. I would never have imagined that someone could design and build an entire house with the sole purpose of killing one specific person. The sheer obsession behind such an idea is disturbing, yet strangely compelling from a fictional standpoint.

First published in 1982 in Japan. The unusual setting alone makes it enjoyable to read though.


Style


Saya ni bukanlah hamba fesyen atau begitu follow rapat tentang fesyen. Tapi perubahan fesyen sentiasa kita nampak depan mata. Nak tak nak, dalam hati mesti terdetik, emm...cantik jugak style ni. 

Ini adalah antara style yang saya suka.

Fizikal atau Ebooks?


Walaupun jarang saya share pasal kindle tapi penggunaan kindle saya amat memberangsangkan. Hari-hari saya guna walaupun baca sekadar 1 muka. Di samping jangka hayat bateri yang panjang, saya boleh cari makna yang saya tak faham. Di samping boleh highlight perkara penting dalam pembacaan saya. Kindle ni memang my savior!

Ini simpanan Netgalley. Bahan bacaan percuma yang amat saya hargai. Dan takkan habis baca πŸ˜‚. Masalah kalau jadi hoarders. Semua ni saya dah get through dan simpan hanya genre kegemaran saja - thriller/kontemporari. Walaupun akaun saya tak berapa cantik tapi tangan masih gatal nak download.πŸ˜‚


Edelweiss pun ada. Dalam 30 buah buku je. Netgalley lebih convenient bagi saya. 

Tapi satu je saya masih dikategorikan sebagai seorang pembaca yang baca santai. Saya baca apa yang saya suka dan tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Kalau sesiapa nak ajak berkolaborasi ok je dengan syarat-syarat biasa saya. 

Racun

Ramai betul yang racun saya beli kobo πŸ˜‚. Terima kasih sebab bersusah payah ya πŸ˜‚. Tapi itulah saya sedang dalam proses tak ambil pot. Memang tempting. Irresistible what so ever tapi saya masih setia dengan kindle paperwhite yang dah berusia 4 tahun ni. Ada 1000+ ebooks dalam ni. Rasa sayang tu macam kalau terhantuk sikit memang saya menyumpah apakan lagi kalau terjatuh. πŸ˜‚. 

Saya sedang dalam usaha menghabiskan tbr. Sama ada fizikal dan ebooks. Walaupun pembacaan saya macam siput tapi saya percaya yang ia akan berkurang. Sudah terjual lebih 100 buku preloved di carousell. Ada 200+ lebih lagi yang dalam listing. Rak buku nampak macam penuh lagi tapi ada sikit space. Sanggup saya hiatus dari buat book review distributors yang paling saya sayang semata-mata nak kurangkan buku-buku saya. Mana tahu lagi dua tahun semua terjualkan? πŸ˜‚

Untuk sahabat, buatlah pilihan bijak. Tak kisah kobo, kindle dan fizikal semuanya baik demi memajukan lagi ekonomi industri perbukuan kita.


PBAKL 2026

Semalam saya pegi PBAKL. Wow! Ramai giler manusia. Memang tak dinafikan budaya membaca masyarakat kita dah bertambah. Itu suatu petunjuk yang positif. Tapi yang sedih saya tak beli apa pun. HihiπŸ˜‚.

Saja nak memeriahkan suasana. Itu pun dah happy sangat dapat jejakkan kaki ke sana. 

Cover cantik 1

Cover cantik 2

Tajuk best 1

Cover cantik 3

Tajuk best 2

Kartunis otai, Ujang dengan anak SN A. Samad Said

Box set yang intimidating!

Tajuk best 3

Cover cantik 4. Saya dah ulang baca. Tetap best. Buku wajib baca Malaysia.

Cover cantik 5. Saya dah baca English version. Best!


CCover cantik n tajuk pun best.

Ann JaafarAnn Jaafar laku keras tahun ni.


Saya rasa marketing PBAKL tahun ni menjadi. Tahniah kepada semua yang memartabatkan industri perbukuan Malaysia!