Showing posts with label #bookreview #lelakijanuari #hafizahiszahanid. Show all posts
Showing posts with label #bookreview #lelakijanuari #hafizahiszahanid. Show all posts

Lelaki Januari by Hafizah Iszahanid



Delaila Azilah dan Ali Syukri berkahwin terlalu awal ketika belajar di Nottingham (bukan cawangan Semenyih). Tidak sampai beberapa bulan, rumah tangga mereka mula goyah akibat ketidakmatangan kedua-duanya, ditambah kemunculan orang ketiga. Laila melarikan diri ke New York dan menghilang selama 12 tahun. Saat dia cuba berdamai dengan masa lalu, Ali muncul kembali pada bulan Januari. Namun persoalan aku, apa relevannya tajuk Lelaki Januari itu dengan keseluruhan cerita? Ia seolah diletakkan untuk hiasan, bukan makna.

Satu lagi benda yang ketara ialah repetitive. Hampir setiap bab Laila meratib nama Ali, sampai rasa seperti wataknya tidak bergerak ke mana-mana. Ia menghakis emosi yang sepatutnya lebih mendalam dan menjadikan pembacaan sedikit melelahkan. Aku juga sengaja kekalkan nama Ali walaupun penulis menggunakan nama Syuk sebab aku tak gemar nama itu. 😂

Secara keseluruhan, novel ini lebih klise daripada jangkaan aku. Aku pilih kerana penulis, penerbit dan tajuknya yang menarik, tetapi akhirnya ia terasa seperti drama pukul 7 dengan rentetan kebetulan yang boleh dijangka. Mungkin expectation aku sendiri terlalu tinggi. Pun begitu, ada sisi informatif tentang Doctors Without Borders dan kerjaya penyelidik di UNESCO yang memberikan sedikit nafas segar. Sebagai tambahan ini sebenarnya terbitan semula naskhah daripada penerbit Jemari Seni (2014) dan pernah diadaptasi ke drama bersiri.