Showing posts with label #bookreview #korban #crystalanabella. Show all posts
Showing posts with label #bookreview #korban #crystalanabella. Show all posts

Korban by Crystal Anabella


Sekumpulan content creator, berjaya melepasi sesi temuduga untuk mengikuti program Lucky 7, yang syarat pertamanya ialah tak takut hantu. Dengan tawaran gaji lumayan untuk seminggu, ala-ala survival show ini memang sesuai untuk mereka yang berhati kental. Tambahan pula, mereka terdesak mahu mendapatkan hadiah utama.

Program ini dikatakan dianjurkan oleh seorang influencer popular dari Indonesia, Mr. Roberto, pengasas konten video extreme stunt. Ini membuatkan ramai yang awalnya menganggap program ini scam, mula rasa tertarik. Namun, sebelum tiba di Resort Qulantis, beberapa ahli kumpulan Lucky 7 sudah berdepan kejadian pelik yang tak masuk akal.

Resort yang dikelilingi hutan tebal, rupa-rupanya berpuaka akibat sumpahan. Mengikut peraturan, semua gajet peserta akan disita dan diganti dengan peralatan tanpa wayar dari pihak produksi. Mereka diwajibkan menghasilkan video seram berdurasi 10 minit setiap hari selama seminggu, dan siapa yang gagal akan menerima hukuman. Kedengaran mudah, tapi hakikatnya penuh rintangan.

Sepanjang berada di sana, peserta diganggu entiti yang menakutkan namun gangguan itu tak dapat dirakam kamera. Keadaan bertukar tragis apabila beberapa nyawa peserta diragut, membuatkan mereka sedar bahawa program ini bukan sekadar hiburan. Cubaan untuk melarikan diri juga berdepan halangan demi halangan.

Fakta menarik tentang Korban ialah pada asalnya berjudul FYP dan pernah memenangi saguhati Sayembara FIXI 2024. Dengan tagline untuk pembaca matang, aku rasa Korban memang kena dengan vibes yang FIXI mahukan. Yang aku suka, walaupun ada elemen seram, gore, dan mistik, penulis selitkan juga momen kelakar yang menjadi selingan di tengah ketegangan.

Premisnya mungkin kedengaran klise, tapi setiap bab ada punch line dan tak kaku, tak meleret, itu buat aku sentiasa nak tahu apa yang berlaku seterusnya. Kudos!