Susah aku nak hadam dengan jenis masyarakat yang macam ni.
Sepanjang aku baca buku ni, berkerut saja dahi aku.
Tension.
Tapi yang paling tension ialah aku habiskan jugak membacanya.
1 bintang untuk aku.
Bintang itu termasuklah juga untuk penulis yang berjaya menulis 560 muka surat tentang hikayatnya.
Dari tahun 1976 menanti ke tahun 1980 buat aku tertanya-tanya dan apa yang berlaku sebenarnya.
Tapi tidak pula dinyatakan kejadian di tahun tersebut.
Perjalanan penulis dari pencak ke tasawuf pada aku  bersifat meletihkan.
Kenapa orang suka mendalami perkara-perkara yang di luar kotak.
Aku tak tahu.
Kenapa tak pandang Islam itu agama yang simple.
Okay.

Yang kelakar penulis hampir kena disesatkan untuk kali kedua.
Tapi disedarkan oleh isterinya.
Pada pendapat aku, orang yang mengambil kesempatan mengaitkan agama adalah layak tempatnya sebagai kayu api neraka.
Mereka ramai saja di zaman sekarang.





Pertama kali aku tengok cover, aku terus pinjam walau pun aku tak kenal siapa penulisnya.
Boleh tahanlah.
Bila aku tengok umur penulis dan beberapa kerjanya (yang banyak!) maka aku terus minat dan akan baca lagi tulisannya.
Walau pun target pembacanya remaja bawah umur tapi ada beberapa part yang menyentuh hati aku.

Cuma aku rasa macam mana Maddeleine dan Chubby boleh bertahan dengan 3 orang budak ni. 
Mungkin sebab itulah yang membezakan watak utama dalam cerita ni dengan aku yang tak boleh tahan dengan perangai budak2.
Kakaka...

Mula2 aku rasa geram jugak dengan Shirley yang terlalu pertahankan Jessica kemudian Kevin dan Archie tapi bila aku fikir balik Shirley seorang anak tunggal dan tiada kawan baik di sekolahnya mungkin sebab itulah dia menginginkan seorang sahabat baik.

Watak ibu dan ayah Shirley juga mencerminkan bagaimana dia dibesarkan. Ibunya lebih dominan dan ayahnya lebih berlembut dengan cara tersendiri.

Endingnya walau pun agak stereotype tapi begitu sesuai dengan keadaan mereka pada masa itu.

Tadi aku skodeng beberapa sekolah lama aku. 
Sekolah tadika je tak dapat.
Mungkin sekolah tu dah tak wujud.



Blok lama ada lagi.





Dari Darjah 1 sampai Darjah 5.
1 Hijau, 2 Hijau, 3 Hijau, 4 Biru dan 5 Biru.
Di sinilah ada seorang cikgu racist.
Pergi sekolah abah hantar naik motor Yamaha itu.
Sekarang dah takde jenis motor macam tu.
Balik sekolah jalan kaki.
Duit belanja sekolah 50 sen.
Yes.
50 sen.
Hari ni nak dobi baju 50 sen pun tak lepas.
Lepas makan tengah hari, pergi sekolah agama.
Sekolah agama sampai darjah 3.






Lepas tu pindah sekolah sekolah.
6 Dahlia.
Ambil UPSR di sini.
Sekarang sekolah semua ada astaka.
Dulu berdiri tengah panas masa perhimpunan.


Masuk sekolah menengah pindah sekolah sebelah je.
Macam-macam gangster ada kat sini.
Yang paling banyak gangster taik kucing.
Sampai Form 3.
Kelas KM.
Kemahiran Manipulatif.
Tak sia-sia aku belajar manipulatif.
Form 4 masuk kelas Sains sekejap.
Lepas tu pindah lagi.


Aku tak tahu kenapa aku gatal nak merantau ke negeri lain.
Saja nak menghabiskan duit abah agaknya.
Kesian abah.



Terima kasih kepada google earth.






Berturut aku baca John Grisham.
Ini pun antara buku yang aku dah nampak terbiar sepi dekat perpustakaan tapi disebabkan tak ada buku yang menarik maka aku berat hati mengambilnya.
Dan aku menyesal.
Kenapalah aku lambat sangat baca buku ni.

Tapi yang nyata aku bagi 5 bintang pada Juri Terakhir.
Plotnya menarik.
Jalan cerita secukup rasa walau pun ada saja scene yang tak penting tapi pada aku ia menjadi perencah ajinomoto dalam cerita ni.

Pada aku Traynor memang baik dan tepat bila dia membeli The Times dan menjualnya juga pada masa yang tepat.

Semoga maju jaya dalam kehidupan anda.

Dan terima kasih ini juga ditujukan kepada Hank Hooten.
Wataknya walau pun pada mulanya aku benci tapi kalau bukan dia yang berani siapa lagi nak kalahkan Danny.
Ye tak?





Dah lama aku perhatikan buku ni. 
Niat hati konon nak baca ebooks saja.
Dalam English, of course.
Tapi aku hentikan angan-angan itu.

Done.
Qatam.
Ceritanya menarik walau pun nampak macam slow sikit.
Mula-mula aku tak faham kenapa dia bawa Joel ke Itali.
Kenapa Itali.
Sebab nak jadikan Joel sebagai umpan saja.

Hah.
Tindakan Joel balik ke US menggunakan passport Giovanni memang berani.
Semudah itu.
Tapi kau jangan cuba-cuba buat dekat airport pulak.





Pada aku yang sudah beberapa kali membaca buku Arena Wati dapat aku simpulkan kesemua watak memerlukan emosi yang berat. 
Tak kisahlah watak utama mahu pun sampingan. Semua watak sama penting.



Semasa Nakhoda Sapparak meninggal remuk rasa hati aku. 
Aku rasa macam nak hadiahkan Al Fatihah tapi tak boleh sebab aku cuti.
Hah.
Macam tu sekali aku menjiwai.



Ketika Darusi mengahwini Laura semasa melewati zon perang juga amat bersahaja tapi penuh keberanian walaupun dia tahu ibunya pasti tidak suka.

Banyak saja scene yang aku rasa menarik dan penuh dengan pengisian seperti adat, sejarah dan hal-hal perkapalan.










Kalau kita merasa kita susah, cuba baca buku ni. 
Tapi kisah ini berlaku di Thailand sekitar tahun 70an macam tu. 
Walau pun bukan kisah sebenar (aku agak) tapi mirip saja dengan kehidupan masyarakat di sana.
Macamlah aku pernah duduk dekat Thailand kan.

Aku suka memetik prakata oleh penulis -
Adakah erti kehidupan ini hanya dapat diukur dengan tempat lahir, taraf pendidikan dan juga penerimaan sosial masyarakat setempat?
Apabila kita menjalani hidup dalam sesebuah masyarakat, adakah kita tidak mempedulikan mereka yang kehidupannya nyata berbeza?

Buku untuk remaja ini memang sesuai dibaca. Menanam sikap empati dalam diri itu penting di akhir zaman ini.






Aku cuba. Cuba untuk meminati buku bergenre self-help. 
Pertama dan terakhir aku baca ialah Eat, Pray, Love.

Eh.
Aku terlupa satu buku.
Nampak sangat tak memberi kesan pada diri aku sampai aku lupa pernah baca.
Rehab apa ntah oleh Faiz Ibrahim.
Lebih kuranglah tulisannya.
MatLuthfi pun jugak.

Aku tak ingat penulis Elizabeth pernah mengangkat bakul atau tak.
Tapi buku tu rasanya lagi tebal kot.

Apa-apalah.
Yang penting buku ni sesuai untuk remaja yang menengah atas, yang tak lama lagi akan menghadapi alam uni atau kolej.







Aku tahu kenapa Aisya kata, bolehlah bila aku tanya pendapatnya tentang buku ini. 
Mungkin sebab utama ialah dialek. 
Aku takde masalah dengan dialek Sabah.
Bagusnya tentang buku ini aku dapat belajar beberapa perkataan, budaya dan makanan orang Sabah. 

Dari segi plot, bagi aku boleh diterima tapi masih boleh diperkemas. 
Sama ada ada link dengan Asrama, aku tak tahu. 
Penulis tak beritahu.
Selalunya kalau penulis international yang buat siri seperti James Patterson, dia ada recap sikit kes sebelumnya. 

Ada beberapa scene aku kurang tangkap.
Miss Anna yang tak mati semasa kebakaran.
Kebakaran itu sendiri misteri.
Dari dewan makan, bawa ke aspuri dan aspura.
Extreme sangat.
Dorm bukan besar sangat kot.
Betul ke dia dipukau untuk membakar asramanya.
Siapa lelaki dan budak perempuan yang menumpangkannya. 
Dan endingnya.
Mungkin penulis nak membangkitkan misteri.
Tapi, please jangan ada Asrama 3.

Secara keseluruhan boleh dibaca.
Secara tak langsung teringat aku semasa di aspuri 2.
Baru aku tahu takde pun kenangan yang aku simpan semasa duduk asrama.
Kalaulah ada kapsul masa.


Sepatutnya setiap sekolah patut ada kapsul masa, back then.
Sekarang ni seronok dah ada phone.
Tinggal klik je.







Lain budaya, lain adatnya. Apa yang kita mampu buat adalah menghormati. Suka atau tidak, kita simpan dalam hati.

Tapi Pilkings tak macam tu. Dia ingat, dia penjajah, maka dia lebih bijak dari orang lain. Aku kurang minat membaca atau menonton naskhah yang berunsurkan diskriminasi tapi Soyinka bijak mengawal suasana.

Ada sinis yang disampaikan secara langsung dan tersirat. 





Aku baca sebab ia tulisan Azizi Haji Abdullah dan sebab kedua ia adalah novel yang memenangi Sayembara Novel Remaja Anjuran Pusat Islam 1993. 

Pada aku bila baca sinopsis macam dah boleh agak apa kesudahannya. Tapi bila habis baca aku rasa macam tak puas hati. Adakah empati aku terlalu menebal? Atau aku terlalu selfish sebab mahu penulis mengikut kehendak aku?

Aku tarik nafas dalam-dalam. Tenangkan fikiran. Aku cuba asingkan hal dunia dan aku petik kata Masudah di muka surat 201,"Di sini Udah menyebarkan ajaran dan pengetahuan kerana inilah saja yang dapat Udah korbankan sementara menunggu maut. Apakah tidak mulia kerja Udah begini, Zuki?"

Bila Masudah mengambil keputusan begitu aku tak salahkan dia. Aku cuba letakkan kesalahan pada Marzuki. Aku rasa itu lebih mudah.