Aku baca sebab ia tulisan Azizi Haji Abdullah dan sebab kedua ia adalah novel yang memenangi Sayembara Novel Remaja Anjuran Pusat Islam 1993.
Pada aku bila baca sinopsis macam dah boleh agak apa kesudahannya. Tapi bila habis baca aku rasa macam tak puas hati. Adakah empati aku terlalu menebal? Atau aku terlalu selfish sebab mahu penulis mengikut kehendak aku?
Aku tarik nafas dalam-dalam. Tenangkan fikiran. Aku cuba asingkan hal dunia dan aku petik kata Masudah di muka surat 201,"Di sini Udah menyebarkan ajaran dan pengetahuan kerana inilah saja yang dapat Udah korbankan sementara menunggu maut. Apakah tidak mulia kerja Udah begini, Zuki?"
Bila Masudah mengambil keputusan begitu aku tak salahkan dia. Aku cuba letakkan kesalahan pada Marzuki. Aku rasa itu lebih mudah.