Weeee..
Akhirnya aku dapat baca buku yang diviralkan ni.
Pada aku plotnya biasa.
Tapi dah orang minat maka bandwagonlah aku.
 Cakap pasal attention seeker aku pernah ada kawan yang tak rapat mengalami masalah jiwa macam ni.
Mungkin dia dah berbahagia dengan seorang lelaki saja.






Halamak.
Sebelum ni aku beritahu buku pasal The Owl sebelum ni kira buku terbaik akhir tahun kan?
Ini pun sama gais!
Tricky giler.
Dah nak akhir muka surat baru tahu siapa yang menjadi gunting lipatan di ibu pejabat polis chicago.
Bak kata orang kampung keep your enemy closer.
Gitu.

Mengisahkan Billy seorang detektif telah dijadikan kambing hitam untuk 4 pembunuhan yang dia tidak lakukan.
Tapi bukti menunjukkan dia yang melakukan.
Giler kan?

Macam mana dia nak defend kalau dia ada post-trauma?
2 hari aku habiskan.
Memang awesome.
Tak sangka Patterson lebih cerdas sekarang ni.






Dari Norway.
Seorang remaja perempuan mati dibunuh dengan memakai rambut palsu di kelilingi bulu burung hantu di atas lukisan pentagram dan lilin.
Pentagram aku rasa dah banyak kali aku tengok dalam Criminal Mind atau CSI.
Takde signifikannya pun.
Saja nak bikin gempak. 

Tak beritahu pun kenapa Jacob buat macam tu kepada mangsanya.
Copy cat? 
Adakah dia baik dengan Henrik? 
Tapi takde scene dia dengan Henrik.
Henrik sebagai narrator pun hanya di bahagian intro.
Kenapa dia jadi macam tu pun tak diberitahu.

Suspek hanya dapat diagak di helaian2 akhir.
Aku suka.








Buku terbaik untuk akhir tahun ni.
Bagi aku yang kurang minat buku ala2 fantasi, bagi aku buku ini memang a good start for beginner.
Recommend sangat.
Baru pertama kali membaca buku penulis tersebut yang sememangnya benar2 dekat dengan pembaca.

Mengisahkan tentang Alfie Monk, seorang lelaki berusia 1000+ tahun dengan bantuan magis 5 butir mutiara maka dia dan ibunya serta kucingnya bernama Biffa dapat mengekalkan hayatnya.
Gilakan?
Tapi bila kejadian kebakaran menamatkan riwayat ibunya maka Alfie harus meneruskan niat dan pesanan ibunya supaya menggunakan biji mutiara yang terakhir itu.
Persahabatan dia dengan Aidan dan Roxy telah sama membantu Alfie mencari mutiara tersebut di pulau.






Baca tajuk dengan sinopsis macam garangkan?
Tapi sebenarnya tak.
Walau pun Hitman bekas banduan dan banyak lagi kekejaman lain yang dilakukan, tiba-tiba dia macam insaf sejenak.
Tapi dengan cara dia sendirilah.
Buku yang membuat aku tersengih.












Mula2 aku macam emmm...kenapa agaknya orang suka buku ni sangat eh.
Sebabnya aku baru dapat baca selepas buku ini popular.
Aku ingat subjeknya adalah vegetarian.

Sangkaan aku meleset.
Ada 3 bahagian.
3 narrator.
Bersahaja dan ayatnya tepat.

Puncanya adalah vegetarian.
Subjeknya adalah mental illness.
Aku suka part ke-3.







Sheep man datang lagi.
Aku start baca Murakami beberapa tahun lepas.
Selambak aku baca.
Aku tak ingat yang mana satu ada sheep man.
Kafka ke apa ke ntah.

Seperti yang aku bayangkan sheep man seperti gambar di atas dan boleh berkata2.








Aku pernah baca buku ni dulu.
Ebook.
Tapi dah lupa jalan ceritanya.
Kali ni baca dengan yakin.

Rupanya banyak lagi buku Agatha Christie yang aku belum baca.
Mungkin lepas habis baca buku2nya, baru tengok youtube.

Jalan ceritanya simple.
Pembunuhan bersiri.
Si pembunuh nak membunuh abangnya sendiri tapi terpaksa membunuh orang2 yang tak berdosa lain.
Gila betul.








Sedih baca pengorbanan orang zaman dulu mempertahankan bumi tanah Melayu dari penjajah.
Tapi macam biasalah orang melayu jugak yang menikam bangsa sendiri.
Pembesar tak merasa apa yang rakyat rasa. 
Semoga mereka yang telah pergi, aman di alam sana.





Fuyoo.
September tahun lepas aku start baca.
Nampak tak macam mana kacaunya jiwa aku.
Tapi cerpen2 ni bukan main2.
Aku salutelah kalau sesiapa baca tanpa apa2 perasaan.
Sudahlah aku down minggu ni.
Baca pulak cerpen macam gini.
Memang triggered kepala otak aku.

Perjalanan penulis bermula pada tahun 1989. 
Pada aku jelas kematangan karyanya dari tahun ke tahun.
Memang bagus.
Aku pernah baca buku penulis Sarawak.
Jadi pada aku memang sudah biasa dengan budaya mereka.
Harap2 penulis ini terus berkarya.
Dan jangan marah2😁





Tujuh bulan aku menghabiskan buku Vanity Fair.
Aku challenge diri sendiri untuk menghabiskan 3 buku yang tak habis dibaca awal tahun ni.
Ada satu buku entah tahun bila aku tak habis2 baca.
Gila busy life aku kan.

1 burden dah dibuang.
Rasa bangga dengan diri sendiri.
Walaupun ada orang yang cabar aku baca Mutual Friend pulak by Charles Dickens.
I will!

Ok.
Berbalik pada pendapat aku tentang Vanity Fair.
Buku ni bagus.
Perjalanan yang panjang untuk 2 orang gadis yang berbeza taraf hidup dan kemudiannya mengalami nasib yang malang.
Tragik betul hidup sebagai wanita zaman dulu.
Karakter mereka berbeza.
Dan malangnya aku sukakan Rebecca yang berani.
Walau pun orang tak suka dia tapi dia cuba menjadi diri sendiri.
Yo go girl!

Manakala Amelia pula lebih control. 
Disebabkan dengan keluarganya muflis maka dia tidak disukai oleh keluarga mertua.
Tapi atlast, dia cuba facing problem dengan caranya yang tersendiri.