Sebenarnya tak susah nak faham Hamlet.

Cuma apa yang aku tak faham sikap dia personally.

Walau pun hanya 100 muka surat tapi ramai watak yang mati.

Bila baca essay pulak memang dapat faham lebih tentang scene Hamlet.

Dah lama tak baca Hercule Poirot.

Aku rasa cara pembunuhan ni susah sikit.

Kalau ada sesiapa nak buat memang kena fikir 10, 11 kalilah.

Seorang wanita money lender mati di dalam kapal terbang dengan kesan di leher (seperti disengat tebuan).

Banyak hipotesis Hercule Poirot antaranya peminjam duit, anak simati dan seorang novelis yang dengan plot cerita yang direkanya.

Dah lama nak baca buku klasik ni walaupun kondisinya tak berapa elok.

Bukan makanan aku.
Tiada masalah aku faham bahasa penulis tapi nak menghadap maksud tersirat itu yang aku tak boleh.
Pilgrim orang Islam dengan orang kafir berbeza.
Jadi aku nak fikir secara kritis sangat pun susah.

Dekat sebulan jugak nak habiskan buku ni.
Bukan sebab tak bagus.
Kalau tak baca Introduction memang kau tak tahu yang Rokesmith dan Handford adalah orang yang sama.
Jadi, moral of the story, bacalah Introduction untuk mendapat gambaran sebenar karakter dalam buku ni.

Aku murung bila tengok cerita ni.
Aku mengharapkan ending yang sepatutnya tapi AAAAHHHHHH!!!!
Kenapa script writer harus jadi kejam?
Perlu ke?

✨THE THIRD CHARM ✨
⚫COMPLETED⚫

The Third Charm tells the 12-year love story of how two young people with completely different personalities manage to find each other again. From the tender age of 20 to 27 years old, and then to the matured age of 32, will they find love for the third time?
At 20 years old, On Joon Yeong is a nerdy, smart university student who wears plain clothes, plain glasses, and doesn't obsess over fashion. He plans everything in his day meticulously, grows frustrated easily, overthinks things, and is very sensitive. With the guidance of his friends, he takes part in a blind date where he meets Lee Yeong Jae.
Lee Yeong Jae is also 20 years old, doesn't attend university and instead works as an assistant hairdresser. Lee Yeong Jae has had a difficult life and is an orphan who looks up immensely to her brother, Lee Soo Jae, a barista. She is honest, hardworking, and somewhat daring: the complete opposite to Oh Joon Yeong. Her dream is to become rich, though she would rather get there by her own perseverance. One day, her friend takes her to a blind date group with university students. At the meeting, she encounters Joon Yeong and goes on a date with him. From there, at 20 years old, their love story begins.

♂️Seo Kang Joon
♀️Lee ✨THE THIRD CHARM ✨

♀️Lee Som
♂️Min Woo Hyuk

Genres: ✨THE THIRD CHARM ✨

Genres: Food, Comedy, Romance, Drama, Melodrama, Detective
Episodes: 16

.

Aku tak faham apa yang merasuk Yeong Jae hingga sanggup mengecewakan Joon Yeong untuk kali kedua.
Kali ketiga baru aku dapat jawapannya.
Sebab Yeong Jae bodoh.
Simple as that.
Memang ada manusia dilahirkan dengan sel-sel otak yang tidak bersambung.
Tolong jangan buat sequel.
Kalau pun ada jangan ada watak Yeong Jae.
Biarlah watak dia terus mati.

This is me.

Pertama kali baca buku Tuah Iskandar.
Ada beberapa buku dia lagi sebelum ni.
Boleh dibaca santai.
Aku dapat rumuskan yang motivater semuanya suka orang terpengaruh dengan kata2 dia.
Bak kata dia, yang tak baik jadikan sempadan.

Kalau nak menegakkan Islam memang bukan kerja 1 oranglah.
Masyarakat kena sama2 bertanggungjawab.
Terutama ketua pemimpin.
Macam di Kampung Bukit Setugal ni, ketua kampung menunjukkan sikap tidak baik.
Tapi di pengakhiran satu cerita itu pasti ada manisnya.

Sarat dengan emosi.
Aku tak kisah sangat pasal Lebai Pa dan isterinya takde anak sebab bekalan mereka ke akhirat bukan biasa2.
Pada pendapat aku, novel ini memang patut dijadikan untuk edisi pelajar dan memenangi hadiah sastera Islam.

Agak misteri jugak perkenalan Adam dan Scarlet.
Selepas berkahwin, aku expect Adam menjadi 'orang besar' memandangkan era 70an kalau grad dari oversea mesti bukan calang-calang life mereka tapi Adam tak macam tu.
Dia macam orang tak berpelajaran nampaknya apabila ikut saja cakap mak dan isterinya.
Kalau nak digambarkan dia sebagai lelaki yang tak punya pendirian, aku terima cuma scene itu nampak pelik.

Tiada scene Adam tinggalkan ibunya. 
Perasaan ibunya?

Apa penyakit Adam?

Kebetulan pulak Hiza pun orang Perelih.

Dan beberapa kesalahan kecil.

Awal December tahun lepas aku start baca.
Buku ni macam travelog.
Okay je buku ni sebenarnya tapi banyak input dari bible yang diambil maka aku putuskan bahawa, 
wow,
mereka memutarbelitkan secara terang2an.

Nampak je macam slow.
Tapi ini baru Jilid 1.
Kehidupan zaman masa sebelum merdeka digambarkan dengan jelas.
Cuma kalau dibandingkan dengan A. Samad Said nampak berlainan.
Tapi tak adillah nak bandingkan.
Keduanya ada aura sendiri.
Geram pulak aku dengan Usmal.
Dia tak suka Izma tapi still tak boleh lupakan Izma hingga dia melamar gadis itu serta merta.

Tak sabar nak baca Jilid seterusnya.

Aku baca terus tanpa berfikir.
Banyak dialog yang tak penting dan perlu diperbaiki.
Watak Badar merupakan suspek utama kematian kawan2nya tapi tak ada scene soal jawab dengan polis.
Hanya dia kata, polis seolah tidak mempercayainya.
Itu saja.
Badar adalah Sin.
Apa susah sangat nak fikir belit2.
Cerita pasal timeline lah.
Apalah.
Yang si Zarul tu.
Halah2.
Pening aku baca dialog dia dengan Sin tu.
Kejap2 dia bukan Zarul anggap je dia macam Zarul.
Apolah.
Dan endingnya, dia nak jadi penyanyi saja.

P/S : aku nak tengok King of Masked Singer.  Kat Youtube ada ke? 

Kalau aku katakan yang Norhisham Mustafa ni penulis yang tidak didendang terlebih sangat tak?
Aku pernah baca tulisannya sebelum ini.
Bagus juga.
Dan Persinggahan juga boleh meruntun jiwa.
Ceritanya simple tentang lelaki yang merantau mencari pekerjaan di tempat baru tapi dia seakan dibenci dan difitnah tapi di pihak yang lain ada juga orang yang sayang.
Pada aku watak Oslan dalam kurang setahun, perwatakannya menunjukkan kematangan.
Dari seorang yang gagalis kepada seorang yang berjaya dengan usaha sendiri.

Mengisahkan Tom dan adiknya, Maggie menjalani kehidupan serba daif apabila ayah mereka diisytiharkan muflis.
Nak dijadikan cerita, Maggie menaruh hati pada Philip Wakem yang bapanya merupakan pemilik baru tanah ayah mereka itu.
Ayahnya dan Tom melarang hubungan itu.
Tulisan Eliot ada sentuhan klasik dan romantik.
Dan endingnya sungguh tidak dijangka.
Banjir?
Wow.
Aku beri 4.9 🌟

Masa mula baca aku fikir alaa..buku Roots lagi sedih kot.
Tapi.
Kehidupan ni tak selalunya indah.
Hujan di tengah hari.
Siapa je yang suka jadi hambakan?
Zaman nabi pun ada hamba.
Memang dari dulu sistem dah macam tu.
Kita kena ada pembantu.
Tapi janganlah over sangat perangai tu.

Sedih baca kisah Tom ni.
Seorang yang lurus dan taat kepada tuan dan agamanya.
Cuma aku geram sangat dengan Cassy.
Kerana tindakannya yang bodoh maka Tom mati.
Mr Shelby pun lahanat jugak.
Ada je harta kalau dia nak redeem Tom.
Nasib baik dia mati.
Walau pun Tom hanya merasa kebebasan beberapa saat, tapi itu dah memadai pada dia.
I cannot.

678 muka surat.
Lebih 2 minggu baru dapat aku habiskan.
Siput.
Kalau baca memang akan rasa thrill.
Cuma ada beberapa scene yang aku kurang yakin.
1. Kendrick berjumpa Swann volunteer ke Oman.
2. Siapa Mahdi? Hamendi?
3. Part last antara Grinell dengan Hamendi.
Nasib baik ditembak Kendrick walau pun lambat.
Kahlela sama watak macam Jenna.
Kalau takde pun takpe.
Tapi ni citer omputehkan mesti ada objek. 

Pernah dengar Rakuten Insight Surveys?
Hari ni aku dapat baucer selepas menjawab survey yang diberikan.
Rasanya aku join dalam tahun lepas.
5000 points dapat baucer rm 50 kfc.
Ada banyak lagi baucer lain.

Ini berdasar dari pengalaman aku.
Bila dah masuk fasa 40 ni macam-macam perkara berlaku.
Perkara dah tak boleh elak.
Rasa penat tu lain macam.
Aku cuba untuk ubah cara pemakanan.
Bukan drastik pun.
Simple je.
Kurangkan caffein.
Cuba tak makan nasi waktu malam.
Kurangkan jajan.
Tak ada banyak beza pun.
Berat aku macam tu jugak.
Tapi.
Apa yang paling ketara, aku selalu mengantuk.
Mengantuk yang tak boleh bawak bincang lagi.
Kadar kenyenyakkannya sama dengan aku tidur waktu malam.
Pukul 9 aku tido sampai pukul 12.
Pukul 3 aku tido lagi sampai pukul 5.
Kalau malam macam biasa pukul 12/1 sampai pukul 5/6.
Normal ke?
Aku tanya grup whatsapp, ada kawan aku mengalami masalah tu sebelum ni.
Jalan penyelesaiannya ialah tidur saja.
Fasa tu akan hilang lama kelamaan.
Aku harap betullah kata si Linda ni.
Bukan apa, aku rasa macam kurang membaca sejak akhir-akhir ni.
Sedangkan itu saja hobi aku.

Aku google permasalahan.
Dan aku jumpa ini.

Antara penyakit yang sering dikait dengan gejala mengantuk selain diabetes dan masalah psikiatri ialah;
Anemia
Kandungan zat besi yang rendah menyebabkan penghidapnya mudah rasa mengantuk kerana kandungan oksigen kurang dalam darah. Bahkan penderita sering rasa mengantuk meskipun sudah menikmati tidur yang mencukupi.
Penyakit jantung
Antara tanda jantung tidak baik adalah tubuh sering berasa mengantuk, lemah dan lelah. Lebih ketara gejala itu dihadapi ketika waktu siang. Selain itu, gejala awal penyakit jantung biasanya menyebabkan gangguan tidur pada waktu malam termasuk sukar bernafas.
Hipertensi
Lazim bagi penderita tekanan darah tinggi tidak menikmati tidur nyenyak pada waktu malam. Gejala sakit kepala dan tekanan serta sakit pada bahagian bahu selain leher membuatkan mereka tidak cukup tidur. Tidak hairan keesokan hari mereka mudah berasa letih dan kurang bermaya.
Hiperkalsemia
Kadar kalsium dalam darah antara punca penyakit hiperkalsemia yang berpunca daripada gangguan terhadap sistem saraf, jantung dan pencernaan. Kadar kalsium yang normal dalam tubuh adalah sekitar 8,2 - 10,2 mg/dL, namun penderita hiperkalsemia memiliki kadar kalsium antara 12 mg/dL hingga melebihi 14 m/dL.
Hipotiroidisme
Penyakit hipotiroidisme membuatkan pesakit sukar tidur malam, lantas mengantuk pada waktu siang. Hormon tiroid yang dihasilkan kelenjar tiroid berfungsi membantu tubuh atur waktu tidur tetapi jika terlalu banyak, ia sebaliknya mengganggu waktu tidur.
Hiponatremia
Hiponatremia adalah gangguan elektrolit ketika kadar natrium dalam darah lebih rendah daripada sepatutnya. Kadar penurunan natrium yang pantas boleh menyebabkan kemudaratan kerana ia penting mengendalikan kadar air dalam tubuh, menjaga tekanan darah serta mengatur sistem saraf dan otot.

Sumber : Harian Metro

Kalau nak diikutkan, semua sebab aku alami kecuali no 2.
Wow.

P/S : Panik jugak sebab la ni meninggal dalam tidur macam berleluasa.

2 minggu aku habiskan buku ni.
692 muka surat.
Selalunya aku baca buku2 lain sambil2 tu.
Tapi kali ni, entah azam baru kot, aku habiskan 1 buku baru aku baca buku yang seterusnya.
Tapi banyak je buku yang sedang in progress.
Dalam 4 buku macam tu.
Itu belum tbr, jangan cakaplah.

Ok.
Berbalik pasal buku ni, aku memang kagumlah macam mana diaorang boleh buat buku spy.
Adakah mereka juga seorang spy?
Atau spy memberi cerita mereka untuk penulis itu menulis supaya lebih menarik atau macam mana?
Ini buku pertama Ludlum yang aku baca.
Sebelum ni tengok siri Borne je macam dah hebat kan.
Rasa macam dalam diri aku pun tiba2 boleh ada bakat martial art itu.
Hebat tak hebatlah.

Cuma yang aku fokuskan sebelum kepada Jenna.
Tapi selepas separuh buku sebenarnya watak dia tak penting pun.
Entah kenapa Parsifal, Ambiguity fokus kat dia.
Aku pun tak tahu.
Takde pulak diceritakan kehebatan Jenna sebagai ejen.
Kehebatan Michael dalam kes2 sebelum ini juga tak diceritakan.
At least ceritalah sikit kot.

Tapi.
Cara Michael menyelesaikan masalah itu satu persatu itu bagus.
Agak lambat sebab ramai yang terbunuh, takpe, barulah thrill kan.

Overall memang bagus.
Scene tahun 80an takde gajet canggih itu yang aku suka.