Pernah dengar Rakuten Insight Surveys?
Hari ni aku dapat baucer selepas menjawab survey yang diberikan.
Rasanya aku join dalam tahun lepas.
5000 points dapat baucer rm 50 kfc.
Ada banyak lagi baucer lain.











Ini berdasar dari pengalaman aku.
Bila dah masuk fasa 40 ni macam-macam perkara berlaku.
Perkara dah tak boleh elak.
Rasa penat tu lain macam.
Aku cuba untuk ubah cara pemakanan.
Bukan drastik pun.
Simple je.
Kurangkan caffein.
Cuba tak makan nasi waktu malam.
Kurangkan jajan.
Tak ada banyak beza pun.
Berat aku macam tu jugak.
Tapi.
Apa yang paling ketara, aku selalu mengantuk.
Mengantuk yang tak boleh bawak bincang lagi.
Kadar kenyenyakkannya sama dengan aku tidur waktu malam.
Pukul 9 aku tido sampai pukul 12.
Pukul 3 aku tido lagi sampai pukul 5.
Kalau malam macam biasa pukul 12/1 sampai pukul 5/6.
Normal ke?
Aku tanya grup whatsapp, ada kawan aku mengalami masalah tu sebelum ni.
Jalan penyelesaiannya ialah tidur saja.
Fasa tu akan hilang lama kelamaan.
Aku harap betullah kata si Linda ni.
Bukan apa, aku rasa macam kurang membaca sejak akhir-akhir ni.
Sedangkan itu saja hobi aku.


Aku google permasalahan.
Dan aku jumpa ini.



Antara penyakit yang sering dikait dengan gejala mengantuk selain diabetes dan masalah psikiatri ialah;
Anemia
Kandungan zat besi yang rendah menyebabkan penghidapnya mudah rasa mengantuk kerana kandungan oksigen kurang dalam darah. Bahkan penderita sering rasa mengantuk meskipun sudah menikmati tidur yang mencukupi.
Penyakit jantung
Antara tanda jantung tidak baik adalah tubuh sering berasa mengantuk, lemah dan lelah. Lebih ketara gejala itu dihadapi ketika waktu siang. Selain itu, gejala awal penyakit jantung biasanya menyebabkan gangguan tidur pada waktu malam termasuk sukar bernafas.
Hipertensi
Lazim bagi penderita tekanan darah tinggi tidak menikmati tidur nyenyak pada waktu malam. Gejala sakit kepala dan tekanan serta sakit pada bahagian bahu selain leher membuatkan mereka tidak cukup tidur. Tidak hairan keesokan hari mereka mudah berasa letih dan kurang bermaya.
Hiperkalsemia
Kadar kalsium dalam darah antara punca penyakit hiperkalsemia yang berpunca daripada gangguan terhadap sistem saraf, jantung dan pencernaan. Kadar kalsium yang normal dalam tubuh adalah sekitar 8,2 - 10,2 mg/dL, namun penderita hiperkalsemia memiliki kadar kalsium antara 12 mg/dL hingga melebihi 14 m/dL.
Hipotiroidisme
Penyakit hipotiroidisme membuatkan pesakit sukar tidur malam, lantas mengantuk pada waktu siang. Hormon tiroid yang dihasilkan kelenjar tiroid berfungsi membantu tubuh atur waktu tidur tetapi jika terlalu banyak, ia sebaliknya mengganggu waktu tidur.
Hiponatremia
Hiponatremia adalah gangguan elektrolit ketika kadar natrium dalam darah lebih rendah daripada sepatutnya. Kadar penurunan natrium yang pantas boleh menyebabkan kemudaratan kerana ia penting mengendalikan kadar air dalam tubuh, menjaga tekanan darah serta mengatur sistem saraf dan otot.

Sumber : Harian Metro

Kalau nak diikutkan, semua sebab aku alami kecuali no 2.
Wow.



P/S : Panik jugak sebab la ni meninggal dalam tidur macam berleluasa.




2 minggu aku habiskan buku ni.
692 muka surat.
Selalunya aku baca buku2 lain sambil2 tu.
Tapi kali ni, entah azam baru kot, aku habiskan 1 buku baru aku baca buku yang seterusnya.
Tapi banyak je buku yang sedang in progress.
Dalam 4 buku macam tu.
Itu belum tbr, jangan cakaplah.

Ok.
Berbalik pasal buku ni, aku memang kagumlah macam mana diaorang boleh buat buku spy.
Adakah mereka juga seorang spy?
Atau spy memberi cerita mereka untuk penulis itu menulis supaya lebih menarik atau macam mana?
Ini buku pertama Ludlum yang aku baca.
Sebelum ni tengok siri Borne je macam dah hebat kan.
Rasa macam dalam diri aku pun tiba2 boleh ada bakat martial art itu.
Hebat tak hebatlah.

Cuma yang aku fokuskan sebelum kepada Jenna.
Tapi selepas separuh buku sebenarnya watak dia tak penting pun.
Entah kenapa Parsifal, Ambiguity fokus kat dia.
Aku pun tak tahu.
Takde pulak diceritakan kehebatan Jenna sebagai ejen.
Kehebatan Michael dalam kes2 sebelum ini juga tak diceritakan.
At least ceritalah sikit kot.

Tapi.
Cara Michael menyelesaikan masalah itu satu persatu itu bagus.
Agak lambat sebab ramai yang terbunuh, takpe, barulah thrill kan.

Overall memang bagus.
Scene tahun 80an takde gajet canggih itu yang aku suka.