Mat Som by Lat




Komik yang diterbitkan sekitar 1989 ini tentang Mat Som bin Mat Top seorang perantau dari kampung yang bercita-cita hendak menjadi seorang penulis surat khabar. Duduk menumpang bersama kawannya di Kuala Lumpur ketika itu amat mencabar. Masih belum berjawatan tetap, sepucuk surat diterima daripada ayahnya dari Tanjung Malim yang memintanya 'berkawan' dengan Faridah, teman sepermainannya masa kecil dulu. Dia berbelah bahagi dengan permintaan ayahnya yang mahu dia berumahtangga dengan anak kawannya disebabkan ekonominya masih tak stabil dan ditambah pula dia mahu menimba pengalaman hidup merantau.

Walau pun ini komik tapi perjalanan cerita Mat Som macam novel. Dengan suasana tahun 80an yang tinggal menjadi sejarah buat aku rasa dekat sekali dengan jiwa. Aku paling suka part dia berjumpa dengab Pyanhabib dan sewaktu dia nak balik ke Kuala Lumpur, dia sempat ke tempat kerja ayahnya. Nostalgia betul. 

Endingnya juga sungguh baik. Mat Som ialah seorang lelaki yang bercita-cita, sederhana dan mempunyai identiti sendiri. 4.5 ⭐️