Membaca koleksi cerpen Mastura karya A. Samad Ismail terasa seperti terseret masuk ke sebuah mesin masa yang penuh warna, getir dan humor halus. Setiap cerpen menangkap ragam manusia dengan begitu tepat.
1. Belum Baik-Baik Lagi, menghiburkan dengan pasangan pengantin baru yang masih malu-malu hingga keluarga terpaksa campur tangan.
2. Ke Rumah Cucu pula menyentuh hati tentang seorang pesara, Encik Murad sanggup menggunting rambut orang kampung demi tambang ke Penang demi kasih pada cucunya.
3. Pak Yak Mahu Kahwin pula mencuit hati dengan kisah lelaki lembut yang diejek jiran tetapi tetap memasang impian berumahtangga.
4. Rumah Pak Haji Harun membawa kita menyaksikan ketabahan masyarakat ketika pendudukan Jepun.
5. Mastura mengisahkan kegelisahan wanita 40-an yang bergelut dengan rindu pada masa mudanya dan mula meragui suami serta dirinya sendiri.
6. Kau Mesti Sunat, Kata Bapa mencuit nostalgia zaman kanak-kanak dan pantang-larang dulu yang hendak bersunat.
7. Puthu menyentuh sisi kehidupan buruh pengutip sampah yang akhirnya berani memikirkan masa depan dan mungkin cinta.
8. Dongeng menyorot tentang Ramlah yang berjaya menjadi guru walau keluarganya tidak meletakkan harapan tinggi, namun cintanya ditentang.
9. Amelia pula memaparkan sisi pahit suami yang makan luar, tema malang ini masih relevan.
10. Mandi Kolam menampilkan remaja dengan kolam yang tidak mahu dikongsi dengan jirannya yang lain.
Ini karya keenam ASI yang aku baca dan keseluruhan koleksi ini padat dengan humor, kritik sosial, dan renungan yang masih relevan. ASI membuktikan sekali lagi bahawa karya klasik tak pernah hilang bisanya. Terima kasih @bukufixi atas naskhah yang terbaik ini.