Hari-Hariku di Kedai Buku Morisaki by Satoshi Yagisawa

Selepas mengalami putus cinta yang teruk, Takako mengambil keputusan untuk melupakan sejenak bandar Tokyo. Bila pakciknya, Satoru menelefon dan mencadangkannya untuk bekerja di kedai buku Morisaki milik datuk, Takako tiada pilihan lain selain menerima hari-harinya di tempat baru.

Yang uniknya Kedai Buku Morisaki bukan satu-satunya kedai buku yang terletak di kawasan itu, malah sepanjang jalan dipenuhi dengan kedai-kedai buku lama menjadikan Jimbocho sebuah kota buku-buku lama terbesar di dunia. Ia sebuah kedai buku yang menjual buku-buku sastera moden dan sudah bertahan sejak tiga generasi yang lalu. Walau pun begitu, Takako tidak berminat dengan membaca. Masanya kalau tidak bekerja di kedai buku, dihabiskan dengan tidur.

Baru beberapa hari di sana, dia belajar sesuatu tentang buku, dan pakciknya. Kedua-duanya telah menjadi titik tolak untuk dirinya banyak belajar dan tidak hanya seputar kisahnya sahaja. Saya suka sangat part ni. Bila Takako bertemu dengan buku yang betul-betul kena dengan dirinya. Betullah kata orang yang membaca itu menjadi tidak menarik disebabkan kita belum jumpa buku yang berjaya meruntuh tembok jiwa kita. Dari situ jugalah dia menjadi berani dan mencuba sekali hidup berdikari tapi dengan diri dia yang baru. Tidak berapa lama kemudian, dia menerima panggilan telefon dari Pakcik Satoru bahawa isterinya, Momoko sudah kembali selepas lima tahun menghilangkan diri. Susah juga ya bila berdepan dengan mereka yang jenis avoidant attachment tapi Takako belajar sesuatu dari situ.

Apa yang menarik, penterjemah menggunakan sedikit lenggok bahasa Malaysia membuatkan ia tak nampak kekok dan menghiburkan. Ini antara bacaan terakhir saya (kot😅) untuk tahun 2025. Sesuai dibaca oleh gen z yang ignorant (dibaca dengan nada mesra dan lemah gemalai).