Showing posts with label #bookreview #gantungtheseries #nadiakhan. Show all posts
Showing posts with label #bookreview #gantungtheseries #nadiakhan. Show all posts

Gantung & Gantung:2 by Nadia Khan



SMCGT bukan sekadar sekolah elit biasa. Di sebalik reputasinya, wujud sekumpulan pelajar asrama yang dikenali kerana kenakalan mereka. Mereka hidup berpegang pada satu kod persahabatan, Musketeer Code iaitu no all for one, just one for all. Tiada siapa dibenarkan ada steady girlfriend. Nampak klise namun semuanya berubah apabila salah seorang dari mereka melanggar kod tersebut. 

Dari cerita gila-gila remaja yang klise kemudiannya bertukar 180° mula menyentuh isu berat seperti buli dan bunuh diri. Dan harga yang perlu mereka bayar sangat mahal. Selepas dari kejadian itu, kumpulan mereka tidak lagi sama. 

Gantung dan Gantung:2 berbeza temanya. Gantung lebih kepada fantasi/paranormal. Kalau tak dibaca dengan teliti boleh rasa keliru sebab time linenya. Kalau kata soal plot, Gantung menjadi kegemaran saya. Gantung:2 lebih kepada kesan emosi dan trauma yang berpanjangan. Kalau dari segi penulisan, saya suka Gantung:2. Walaupun berbeza pendekatan, kedua-duanya saling melengkapi dengan baik.

Saya baca review di Goodreads yang Gantung:3 lebih mengundang, kompleks dan memeningkan. Tapi itu nanti-nantilah saya baca. Secara keseluruhan, ini adalah kisah yang mungkin bermula dengan rasa familiar, tetapi berkembang menjadi sesuatu yang jauh lebih berat dan menghantui. Sesuai untuk pembaca yang sukakan cerita dengan plot twist, dan permainan emosi.