Showing posts with label #bookreview #velvet #velvet2 #ikmalahmad. Show all posts
Showing posts with label #bookreview #velvet #velvet2 #ikmalahmad. Show all posts

Velvet dan Velvet:2 by Ikmal Ahmad


Saya nak jujur dari awal, Akim memang jenis narcissist af. Status dia sebagai pegawai polis, ditambah pula latar belakang ayahnya seorang ahli politik, hanya menambahkan lagi rasa menyampah tu. Jadi bila sesuatu yang buruk mula berlaku dalam hidup dia, pembaca akan rasa, 'padan muka, kau!'

Dalam sibuk dia menguruskan majlis perkahwinannya dengan Mira, dia mengalami situasi yang berbahaya apabila satu persatu kawan baiknya sejak zaman sekolah mati secara tragik. Kematian itu bukan kebetulan semata-mata. Perbuatan tersebut membuktikan ada seseorang yang mempunyai motif dendam terhadap kumpulan mereka.

Secara teknikal, ini memberi bayangan jelas tentang kewujudan seorang pembunuh bersiri yang sedang menyusun langkah dengan teliti, dan sasaran akhirnya seolah-olah menuju kepada Akim sendiri. Ironinya, dia bukan sekadar mangsa berpotensi, tetapi juga seorang penyiasat. Itu yang buatkan cerita ini lagi menyakitkan hati, sebab kita tahu dia sepatutnya mampu membaca situasi, tapi tetap juga terperangkap. 😅

Pembaca memang kena baca Velvet: 2 untuk tahu emosi sebenar jalan cerita ni. Penulisan penulis lebih baik. Kali ini penulis fokus kepada watak ID, Hasri, Eddy dan beberapa watak yang agak penting yang sebenarnya menjadi kunci kepada segala konflik yang tercetus.

Di sebalik elemen thriller, cerita ini sebenarnya banyak bermain dengan kesan jangka panjang buli. Apa yang nampak kecil pada masa lalu rupanya meninggalkan parut yang dalam. Setiap peristiwa dalam cerita ini seolah-olah mengingatkan bahawa tidak semua orang benar-benar move on.