Aku cuba. Cuba untuk meminati buku bergenre self-help. 
Pertama dan terakhir aku baca ialah Eat, Pray, Love.

Eh.
Aku terlupa satu buku.
Nampak sangat tak memberi kesan pada diri aku sampai aku lupa pernah baca.
Rehab apa ntah oleh Faiz Ibrahim.
Lebih kuranglah tulisannya.
MatLuthfi pun jugak.

Aku tak ingat penulis Elizabeth pernah mengangkat bakul atau tak.
Tapi buku tu rasanya lagi tebal kot.

Apa-apalah.
Yang penting buku ni sesuai untuk remaja yang menengah atas, yang tak lama lagi akan menghadapi alam uni atau kolej.







Aku tahu kenapa Aisya kata, bolehlah bila aku tanya pendapatnya tentang buku ini. 
Mungkin sebab utama ialah dialek. 
Aku takde masalah dengan dialek Sabah.
Bagusnya tentang buku ini aku dapat belajar beberapa perkataan, budaya dan makanan orang Sabah. 

Dari segi plot, bagi aku boleh diterima tapi masih boleh diperkemas. 
Sama ada ada link dengan Asrama, aku tak tahu. 
Penulis tak beritahu.
Selalunya kalau penulis international yang buat siri seperti James Patterson, dia ada recap sikit kes sebelumnya. 

Ada beberapa scene aku kurang tangkap.
Miss Anna yang tak mati semasa kebakaran.
Kebakaran itu sendiri misteri.
Dari dewan makan, bawa ke aspuri dan aspura.
Extreme sangat.
Dorm bukan besar sangat kot.
Betul ke dia dipukau untuk membakar asramanya.
Siapa lelaki dan budak perempuan yang menumpangkannya. 
Dan endingnya.
Mungkin penulis nak membangkitkan misteri.
Tapi, please jangan ada Asrama 3.

Secara keseluruhan boleh dibaca.
Secara tak langsung teringat aku semasa di aspuri 2.
Baru aku tahu takde pun kenangan yang aku simpan semasa duduk asrama.
Kalaulah ada kapsul masa.


Sepatutnya setiap sekolah patut ada kapsul masa, back then.
Sekarang ni seronok dah ada phone.
Tinggal klik je.







Lain budaya, lain adatnya. Apa yang kita mampu buat adalah menghormati. Suka atau tidak, kita simpan dalam hati.

Tapi Pilkings tak macam tu. Dia ingat, dia penjajah, maka dia lebih bijak dari orang lain. Aku kurang minat membaca atau menonton naskhah yang berunsurkan diskriminasi tapi Soyinka bijak mengawal suasana.

Ada sinis yang disampaikan secara langsung dan tersirat. 





Aku baca sebab ia tulisan Azizi Haji Abdullah dan sebab kedua ia adalah novel yang memenangi Sayembara Novel Remaja Anjuran Pusat Islam 1993. 

Pada aku bila baca sinopsis macam dah boleh agak apa kesudahannya. Tapi bila habis baca aku rasa macam tak puas hati. Adakah empati aku terlalu menebal? Atau aku terlalu selfish sebab mahu penulis mengikut kehendak aku?

Aku tarik nafas dalam-dalam. Tenangkan fikiran. Aku cuba asingkan hal dunia dan aku petik kata Masudah di muka surat 201,"Di sini Udah menyebarkan ajaran dan pengetahuan kerana inilah saja yang dapat Udah korbankan sementara menunggu maut. Apakah tidak mulia kerja Udah begini, Zuki?"

Bila Masudah mengambil keputusan begitu aku tak salahkan dia. Aku cuba letakkan kesalahan pada Marzuki. Aku rasa itu lebih mudah. 






Pertama kali aku baca buku tulisan S. M. Noor. Padahal di rumah ada satu lagi buku tulisannya Infitar aku tak baca lagi. Bila tengok sinopsisnya aku rasa macam pergolakan rumah tangga rasanya. Tapi bila baca aku tak berhenti rasa sebak dan menitiskan air mata. Tulisan SMN betul-betul menusuk jiwa aku.

Nilai sebuah persahabatan dibawa hingga ke akhir hayat. Scene Zaidin meminang Hashimah bagi pihak Adam amat menyentuh hati. Alangkah bertuahnya Adam mempunyai sahabat sebaik Zaidin. Tapi jangan dilupa watak Jamilah juga berjaya menggerakkan novel ini.

Aku merasakan yang watak-watak ini betul-betul hidup. Aku akan baca Infitar dalam waktu yang terdekat.