Buku terbaik untuk akhir tahun ni.
Bagi aku yang kurang minat buku ala2 fantasi, bagi aku buku ini memang a good start for beginner.
Recommend sangat.
Baru pertama kali membaca buku penulis tersebut yang sememangnya benar2 dekat dengan pembaca.

Mengisahkan tentang Alfie Monk, seorang lelaki berusia 1000+ tahun dengan bantuan magis 5 butir mutiara maka dia dan ibunya serta kucingnya bernama Biffa dapat mengekalkan hayatnya.
Gilakan?
Tapi bila kejadian kebakaran menamatkan riwayat ibunya maka Alfie harus meneruskan niat dan pesanan ibunya supaya menggunakan biji mutiara yang terakhir itu.
Persahabatan dia dengan Aidan dan Roxy telah sama membantu Alfie mencari mutiara tersebut di pulau.






Baca tajuk dengan sinopsis macam garangkan?
Tapi sebenarnya tak.
Walau pun Hitman bekas banduan dan banyak lagi kekejaman lain yang dilakukan, tiba-tiba dia macam insaf sejenak.
Tapi dengan cara dia sendirilah.
Buku yang membuat aku tersengih.












Mula2 aku macam emmm...kenapa agaknya orang suka buku ni sangat eh.
Sebabnya aku baru dapat baca selepas buku ini popular.
Aku ingat subjeknya adalah vegetarian.

Sangkaan aku meleset.
Ada 3 bahagian.
3 narrator.
Bersahaja dan ayatnya tepat.

Puncanya adalah vegetarian.
Subjeknya adalah mental illness.
Aku suka part ke-3.







Sheep man datang lagi.
Aku start baca Murakami beberapa tahun lepas.
Selambak aku baca.
Aku tak ingat yang mana satu ada sheep man.
Kafka ke apa ke ntah.

Seperti yang aku bayangkan sheep man seperti gambar di atas dan boleh berkata2.








Aku pernah baca buku ni dulu.
Ebook.
Tapi dah lupa jalan ceritanya.
Kali ni baca dengan yakin.

Rupanya banyak lagi buku Agatha Christie yang aku belum baca.
Mungkin lepas habis baca buku2nya, baru tengok youtube.

Jalan ceritanya simple.
Pembunuhan bersiri.
Si pembunuh nak membunuh abangnya sendiri tapi terpaksa membunuh orang2 yang tak berdosa lain.
Gila betul.