Kalau nak menegakkan Islam memang bukan kerja 1 oranglah.
Masyarakat kena sama2 bertanggungjawab.
Terutama ketua pemimpin.
Macam di Kampung Bukit Setugal ni, ketua kampung menunjukkan sikap tidak baik.
Tapi di pengakhiran satu cerita itu pasti ada manisnya.

Sarat dengan emosi.
Aku tak kisah sangat pasal Lebai Pa dan isterinya takde anak sebab bekalan mereka ke akhirat bukan biasa2.
Pada pendapat aku, novel ini memang patut dijadikan untuk edisi pelajar dan memenangi hadiah sastera Islam.






Agak misteri jugak perkenalan Adam dan Scarlet.
Selepas berkahwin, aku expect Adam menjadi 'orang besar' memandangkan era 70an kalau grad dari oversea mesti bukan calang-calang life mereka tapi Adam tak macam tu.
Dia macam orang tak berpelajaran nampaknya apabila ikut saja cakap mak dan isterinya.
Kalau nak digambarkan dia sebagai lelaki yang tak punya pendirian, aku terima cuma scene itu nampak pelik.

Tiada scene Adam tinggalkan ibunya. 
Perasaan ibunya?

Apa penyakit Adam?

Kebetulan pulak Hiza pun orang Perelih.

Dan beberapa kesalahan kecil.









Awal December tahun lepas aku start baca.
Buku ni macam travelog.
Okay je buku ni sebenarnya tapi banyak input dari bible yang diambil maka aku putuskan bahawa, 
wow,
mereka memutarbelitkan secara terang2an.




Nampak je macam slow.
Tapi ini baru Jilid 1.
Kehidupan zaman masa sebelum merdeka digambarkan dengan jelas.
Cuma kalau dibandingkan dengan A. Samad Said nampak berlainan.
Tapi tak adillah nak bandingkan.
Keduanya ada aura sendiri.
Geram pulak aku dengan Usmal.
Dia tak suka Izma tapi still tak boleh lupakan Izma hingga dia melamar gadis itu serta merta.

Tak sabar nak baca Jilid seterusnya.




Aku baca terus tanpa berfikir.
Banyak dialog yang tak penting dan perlu diperbaiki.
Watak Badar merupakan suspek utama kematian kawan2nya tapi tak ada scene soal jawab dengan polis.
Hanya dia kata, polis seolah tidak mempercayainya.
Itu saja.
Badar adalah Sin.
Apa susah sangat nak fikir belit2.
Cerita pasal timeline lah.
Apalah.
Yang si Zarul tu.
Halah2.
Pening aku baca dialog dia dengan Sin tu.
Kejap2 dia bukan Zarul anggap je dia macam Zarul.
Apolah.
Dan endingnya, dia nak jadi penyanyi saja.

P/S : aku nak tengok King of Masked Singer.  Kat Youtube ada ke?