Showing posts with label #bookreview #dendamputeramelaut #namicibnobbler. Show all posts
Showing posts with label #bookreview #dendamputeramelaut #namicibnobbler. Show all posts

Dendam Putera Melaut by Nami Cob Nobbler


Mengisahkan era sebelum dan selepas kemerdekaan sebuah kerajaan bernama Gelanggayu. Salah satu tanah jajahannya ialah Melaut, namun hubungan antara kedua-duanya sentiasa tegang akibat penindasan yang telah berlaku sejak sekian lama. Ironinya, Melaut merupakan wilayah yang sangat kaya dengan tanah subur, hasil laut, emas dan pelbagai sumber galian.

Melaut ditadbir oleh Tunku Kasim bersama adindanya, Tunku Atan. Dalam menghadapi pergolakan politik, mereka berusaha mempertahankan kedaulatan negeri dan enggan tunduk kepada pengaruh kuasa asing dan juga Wijayapura.

Putera Tunku Atan, Tunku Yahya, pula mempunyai cita-cita yang jauh berbeza daripada ayahandanya. Demi kuasa dan kekayaan, dia mempelajari pelbagai strategi untuk menguasai ekonomi serta politik antarabangsa, sehingga sanggup menggadaikan tanah air sendiri.

Di sinilah muncul hero yang dinanti-nantikan, Tunku Muhammad Niat yang digelar Mamat, putera kepada Tunku Kasim. Walaupun masih kecil, Mamat ialah seorang kanak-kanak genius. Dia menjadi mata-mata kecil untuk ayahandanya. Dan sekelip mata juga dia menjadi orang yang dipercayai Yahya. Sebijak-bijak Yahya, bijak lagi Mamat. Dengan wajah kecilnya yang naif, dia belajar kelicikan Yahya.

Itu saja snippet yang dapat saya tuliskan. Kalau boleh banyak yang saya nak ulas tapi nanti jadi spoiler pulak. Tapi apa yang boleh saya cakap, tulisan Nami tak sama macam ACT tu. Lain weiiii!!! Berubah 180°. Saya suka dan puas hati dengan evolusi ini. Walaupun kisah ini berlatar zaman dulu, Nami tetap mengekalkan lenggok bahasa dia sendiri.

Sejarah alternatif yang diketengahkan terasa segar, terutamanya untuk generasi muda. Lebih-lebih lagi ketika kita semakin menghampiri musim pilihan raya, novel ini mengingatkan bahawa strategi politik memerlukan kebijaksanaan, pengalaman, kesabaran dan pengaruh yang digunakan demi membantu golongan yang tertindas. Itulah mesej utama yang paling saya hargai dalam DPM.