Penulis-penulisnya lahir lebih kurang 1902-1935. Jadi boleh tahu bagaimana flow plot cerpen-cerpen yang ditulis.  

Banyak cerpen yang best. Yang paling aku suka Senjakala, Lelaki dan Ladangnya dan Beg Pakaian Yang Hilang. 

Masih relevan hingga sekarang. Nama je moden tapi pemikiran masih di tahap lama.





Semalam mula baca. Hari ni habis. Gigih sangat aku cuba nak memahami jiwa anak muda yang menggilai buku ni. 19 cetakan. Wow. Mula- mula baca aku kata dalam hati, halamak! Apa benda ni. 200 muka surat pertama maknanya separuh buku, aku rasa buku ni boleh dikategorikan sebagai buku alaf 21/ buku prima tapi versi fixi sebab bahasa slanga. Macam ala-ala teman lelaki upahan. Aku hampa.


Tapi muka surat 211 mengubah sedikit riak muka aku. Kali ini baru nampak flaw fixi yang pekat tu. Masa tu baru aku tahu kenapa budak-budak suka dengan Nadia Khan. Walaupun aku tak suka dengan cinta songsang tapi pada aku buku ini boleh diterima sebab story linenya agak baik. Normallah cerita Melayu mesti ada scene-scene yang tak penting atau tak sesuai. 


Berkaitan dengan cover buku. Dari 2011 aku dah nampak cover yang sama tapi aku tak pandang secara detail sebab aku tak baca buku ni sampai habis. Sekali imbas aku ingat dia perempuan. Rupanya...




Aku tak tahulah apa masalah aku. Walaupun banyak persoalan bila baca buku ni tapi aku gagahkan juga habiskan. 

Pertama kali baca Tahereh Mafi. Berkaitan persoalan yang aku kata tadi, ada juga jawapannya di akhir-akhir cerita tapi aku masih tak puas hati. 

Ibu Alice ada kuasa apa? Semasa event mempertontonkan kuasa (pada awal-awal bab) pada aku tak digambarkan secara menyeluruh. Sebelum ini Oliver pernah ke Furthermore tapi tak pulak dia ceritakan macamana dia balik semula mencari Alice. 


Ada jugak scene yang aku suka iaitu Alice and Oliver bertemu dengan Mr Time/ Tim dan dengan Ancilly.