Kalau aku katakan yang Norhisham Mustafa ni penulis yang tidak didendang terlebih sangat tak?
Aku pernah baca tulisannya sebelum ini.
Bagus juga.
Dan Persinggahan juga boleh meruntun jiwa.
Ceritanya simple tentang lelaki yang merantau mencari pekerjaan di tempat baru tapi dia seakan dibenci dan difitnah tapi di pihak yang lain ada juga orang yang sayang.
Pada aku watak Oslan dalam kurang setahun, perwatakannya menunjukkan kematangan.
Dari seorang yang gagalis kepada seorang yang berjaya dengan usaha sendiri.





Mengisahkan Tom dan adiknya, Maggie menjalani kehidupan serba daif apabila ayah mereka diisytiharkan muflis.
Nak dijadikan cerita, Maggie menaruh hati pada Philip Wakem yang bapanya merupakan pemilik baru tanah ayah mereka itu.
Ayahnya dan Tom melarang hubungan itu.
Tulisan Eliot ada sentuhan klasik dan romantik.
Dan endingnya sungguh tidak dijangka.
Banjir?
Wow.
Aku beri 4.9 🌟





Masa mula baca aku fikir alaa..buku Roots lagi sedih kot.
Tapi.
Kehidupan ni tak selalunya indah.
Hujan di tengah hari.
Siapa je yang suka jadi hambakan?
Zaman nabi pun ada hamba.
Memang dari dulu sistem dah macam tu.
Kita kena ada pembantu.
Tapi janganlah over sangat perangai tu.

Sedih baca kisah Tom ni.
Seorang yang lurus dan taat kepada tuan dan agamanya.
Cuma aku geram sangat dengan Cassy.
Kerana tindakannya yang bodoh maka Tom mati.
Mr Shelby pun lahanat jugak.
Ada je harta kalau dia nak redeem Tom.
Nasib baik dia mati.
Walau pun Tom hanya merasa kebebasan beberapa saat, tapi itu dah memadai pada dia.
I cannot.