Gosip by Marwilis


Semasa saya baru berjinak-jinak membaca novel English, Jackie Collins adalah antara penulis kegemaran saya. Jadi bila baca novel ni rasa mengimbau kembali gaya penceritaannya yang penuh dengan dunia glamor dan skandal. Fun fact, penulis ini adalah ayah kepada novelis, Ahadiat Akashah. Jadi, faham-faham sajalah lenggok bahasanya. Saya rasa kalau cerita ini dimuat naik di Wattpad pada zaman sekarang, memang boleh dapat view yang tinggi, no pun intended. Ceritanya fast-paced sebab banyak dialog diselitkan. Latar dan vibe cerita seperti awal 90an walaupun penulis menyatakan ia berlaku sekitar tahun 2000an. 

Mengisahkan Cat atau nama sebenarnya Siti Khatijah seorang peragawati yang baru di pentas peragaan dan dunia lakonan. Rezekinya bagaikan datang bergolek ditambah dengan kecantikan dan bakat yang datang seiring.

Lufti pula ialah pengurus Cat dan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Cat ke dunia glamour ini. Seperti biasa kalau ada gula pasti ada semut yang nak menghurung. Ramai orang kenamaan mahu mendekati tapi untuk Cat menerima lelaki yang biasa-biasa tiada dalam agendanya.

Namun apabila Dato' Jamal seorang jutawan mencuba nasib, Cat dan Lufti menjadi gelap mata dengan segala kemewahan yang ditawarkan. Dari situlah gosip tentang Cat tersebar. Kebanyakkannya bersifat negatif. Itulah secara ringkas kehidupan yang Cat sendiri mahu. Konflik mula menarik apabila anak Dato'Jamal, Lily merupakan musuh lama Cat sejak zaman sekolah muncul. Kedua-duanya mahu membuktikan siapa yang jatuh dulu dan endingnya amat memuaskan hati.

Secara keseluruhan, ada nada kritikan pedas terhadap realiti dunia hiburan tempatan. Selain itu, penulis juga memperlihatkan peranan wartawan hiburan dalam membentuk imej seseorang artis serta cabaran untuk kekal relevan dalam industri yang sarat dengan muslihat dan persaingan. 

#bookreview #gosip #marwilis #bookrecs #bookstagram

Big Trouble in Little Paradise by Nathaniel Sario


Another underrated story from Fixi. I give this one 5 ⭐.
What I love most about this book is the writing. The author has a way of making me feel intrigued from the very beginning. You can tell he did enough research to make the story believable and give me a glimpse of what the characters are about to experience.

Darat Kumut is a small town in Tawau. Tourists are drawn to its quiet atmosphere, tranquility, serenity, beautiful scenery, friendly locals, luxurious resorts, and casino. On the surface, it seems like the perfect getaway. Yet, every place has its dark side.

Wesley Moysin was once a news reporter. Looking for a fresh start, he moved to Darat Kumut and began working at All Convenience Store, owned by his aunt. Not long after settling in, he had a confrontation with Tommy Asandu, a local troublemaker who seemed to attract nothing but problems wherever he went. 

A few weeks later, Tommy's body was found floating near the jetty. The autopsy concluded that he had died from a heroin overdose.

The problem is, Wesley is not entirely convinced.
He suffers from memory blanks and cannot remember what he was doing on the night Tommy died. Still haunted by trauma from his previous job, he struggles to trust his own memories. His co worker's aunt at the store who also a celebrated crime novelist, encourages him to write again and investigate Tommy's death. Perhaps uncovering the truth will help him get back on track.

As Wesley digs deeper, he discovers that Tommy's death may be connected to the disappearance of a girl several months earlier and a drug trafficking operation. A single suspicious death turns into two homicides and before long, Wesley's life is in jeopardy. 

At first, I thought this would be another straightforward crime story. But the author really showcases his talent here. The protagonist is compelling, the pacing is sharp, and the world building makes Darat Kumut feel alive. As a whodunit, the novel does a great job of keeping readers guessing. Kudos!


Libby

Pstt!! 
Dah download Libby ke?
Boleh tahan juga pilihan bukunya.
Memang tak banyak tapi oklah untuk yang malas nak pergi library macam saya. 😂

Antara buku yang saya pinjam. Ini adalah 2 library yang berbeza. Kalau di PNM boleh pinjam hingga seminggu. Kalau Ithra boleh pinjam 2 minggu. Harap² dapat baca laju sikit untuk beri laluan orang lain.

Anticipated read. Tunggu turn. Tak tahulah bila kan? Takpe beratur je. 😂


Kelab Pencurang Cinta by Nami Cob Nobbler


Pernah dengar orang kata reunion sekolah sebenarnya satu scam? Inilah yang berlaku kepada watak-watak dalam novel ini. Masing-masing cuba mencari validation di mata orang lain. Dari kerjaya hinggalah status perhubungan, semuanya seolah-olah perlu dipamerkan untuk membuktikan bahawa hidup mereka berjaya. Antaranya ialah Radzi dan Emma. Mereka pasangan yang bercinta sejak zaman sekolah dan kini kelihatan hidup bahagia dengan kerjaya yang cemerlang.

Afif pula mewakili watak yang dilabel sebagai loser. Dia seorang penulis dan masih belum berkahwin. Apabila grup reunion sekolah ingin membuat perjumpaan, Afif rasa tak sedap hati. Lapan belas tahun lepas dia pernah crush dengan Emma. Sebab itulah dia beria nak join reunion kali ini.

Dari saat reunion itulah, Emma mula merasakan bahawa selama ini dia mungkin tersalah menilai sikap sebenar suaminya. Rahsia yang disimpan Radzi akhirnya terbongkar dan membuka ruang kepada keretakan yang tidak pernah dia jangka.

Pada masa yang sama, dia mula menemui keserasian yang selama ini tidak sedarinya dalam diri Afif. Walaupun nampak macam melodrama ia membuatkan saya terus ingin tahu bagaimana kesudahan hubungan mereka.

Di sebalik konflik Afif, Emma dan Radzi, watak yang paling saya suka ialah Pak Ajis. Wataknya jelas matang dan idealistik. Dia sudah menganggap Afif seperti anak sendiri. Saya berharap Afif belajar banyak lagi erti kehidupan darinya.

KPC berjaya menyampaikan mesej yang berat melalui penceritaan yang santai. Novel ini menyentuh tentang pencarian identiti, tekanan sosial, obsesi manusia dengan kejayaan dan kesempurnaan walaupun hakikatnya tidak begitu.

Jika Awek Chuck Taylor boleh jadi bestseller, saya rasa KPC juga mempunyai potensi yang sama. Nadanya bebas, nakal dan dekat dengan realiti. Selamat datang ke dunia yang tidak sempurna untuk pembaca matang.


Murder In The Crooked House by Soji Shimada


The Crooked House or the Ice Floe Mansion is a peculiar looking structure with a tower that looks like the Leaning Tower of Pisa with surfaces made of glass and an interior that resembles a maze in some ways. The lord of the manor, Kozaburo Hamamoto, was nearly seventy years old when he invited a group of guests to spend Christmas at his extraordinary home.

From the very first night, some of the guests experienced strange and frightening incidents. Others seemed doubtful about what they had witnessed, brushing the stories aside as imagination or misunderstanding. But while everyone was distracted by the growing tension and confusion, murder struck.

A murder inside a locked room is always an appealing premise for a mystery novel. When the second murder happened, once again inside a locked room, the police officers at the local precinct had no choice but to accept help from a fortune teller, Kiyoshi Mitarai.

He is also known as an eccentric detective and is accompanied by his friend, Kazumi Ishioka. I had almost forgotten just how quirky Kiyoshi is. He drives everyone in the household crazy with his behaviour, yet somehow continues to be several steps ahead of everyone else. Of course, he claims to know who the culprit is almost immediately which I was unwilling to believe. Hehe.😅

At that point, the mystery became even more intriguing. While reading this novel, I came across footage of legal expert discussing crime of passion. Some are born nasty, while others simply spend their lives waiting for the right opportunity to kill.

What fascinated me most about this story was the motive behind everything. I would never have imagined that someone could design and build an entire house with the sole purpose of killing one specific person. The sheer obsession behind such an idea is disturbing, yet strangely compelling from a fictional standpoint.

First published in 1982 in Japan. The unusual setting alone makes it enjoyable to read though.


Style


Saya ni bukanlah hamba fesyen atau begitu follow rapat tentang fesyen. Tapi perubahan fesyen sentiasa kita nampak depan mata. Nak tak nak, dalam hati mesti terdetik, emm...cantik jugak style ni. 

Ini adalah antara style yang saya suka.

Fizikal atau Ebooks?


Walaupun jarang saya share pasal kindle tapi penggunaan kindle saya amat memberangsangkan. Hari-hari saya guna walaupun baca sekadar 1 muka. Di samping jangka hayat bateri yang panjang, saya boleh cari makna yang saya tak faham. Di samping boleh highlight perkara penting dalam pembacaan saya. Kindle ni memang my savior!

Ini simpanan Netgalley. Bahan bacaan percuma yang amat saya hargai. Dan takkan habis baca 😂. Masalah kalau jadi hoarders. Semua ni saya dah get through dan simpan hanya genre kegemaran saja - thriller/kontemporari. Walaupun akaun saya tak berapa cantik tapi tangan masih gatal nak download.😂


Edelweiss pun ada. Dalam 30 buah buku je. Netgalley lebih convenient bagi saya. 

Tapi satu je saya masih dikategorikan sebagai seorang pembaca yang baca santai. Saya baca apa yang saya suka dan tanpa terikat dengan mana-mana pihak. Kalau sesiapa nak ajak berkolaborasi ok je dengan syarat-syarat biasa saya. 

Racun

Ramai betul yang racun saya beli kobo 😂. Terima kasih sebab bersusah payah ya 😂. Tapi itulah saya sedang dalam proses tak ambil pot. Memang tempting. Irresistible what so ever tapi saya masih setia dengan kindle paperwhite yang dah berusia 4 tahun ni. Ada 1000+ ebooks dalam ni. Rasa sayang tu macam kalau terhantuk sikit memang saya menyumpah apakan lagi kalau terjatuh. 😂. 

Saya sedang dalam usaha menghabiskan tbr. Sama ada fizikal dan ebooks. Walaupun pembacaan saya macam siput tapi saya percaya yang ia akan berkurang. Sudah terjual lebih 100 buku preloved di carousell. Ada 200+ lebih lagi yang dalam listing. Rak buku nampak macam penuh lagi tapi ada sikit space. Sanggup saya hiatus dari buat book review distributors yang paling saya sayang semata-mata nak kurangkan buku-buku saya. Mana tahu lagi dua tahun semua terjualkan? 😂

Untuk sahabat, buatlah pilihan bijak. Tak kisah kobo, kindle dan fizikal semuanya baik demi memajukan lagi ekonomi industri perbukuan kita.


PBAKL 2026

Semalam saya pegi PBAKL. Wow! Ramai giler manusia. Memang tak dinafikan budaya membaca masyarakat kita dah bertambah. Itu suatu petunjuk yang positif. Tapi yang sedih saya tak beli apa pun. Hihi😂.

Saja nak memeriahkan suasana. Itu pun dah happy sangat dapat jejakkan kaki ke sana. 

Cover cantik 1

Cover cantik 2

Tajuk best 1

Cover cantik 3

Tajuk best 2

Kartunis otai, Ujang dengan anak SN A. Samad Said

Box set yang intimidating!

Tajuk best 3

Cover cantik 4. Saya dah ulang baca. Tetap best. Buku wajib baca Malaysia.

Cover cantik 5. Saya dah baca English version. Best!


CCover cantik n tajuk pun best.

Ann JaafarAnn Jaafar laku keras tahun ni.


Saya rasa marketing PBAKL tahun ni menjadi. Tahniah kepada semua yang memartabatkan industri perbukuan Malaysia!