Showing posts with label #bookreview #namicobnobbler #kelabpencurangcinta #awekchucktaylor. Show all posts
Showing posts with label #bookreview #namicobnobbler #kelabpencurangcinta #awekchucktaylor. Show all posts

Kelab Pencurang Cinta by Nami Cob Nobbler


Pernah dengar orang kata reunion sekolah sebenarnya satu scam? Inilah yang berlaku kepada watak-watak dalam novel ini. Masing-masing cuba mencari validation di mata orang lain. Dari kerjaya hinggalah status perhubungan, semuanya seolah-olah perlu dipamerkan untuk membuktikan bahawa hidup mereka berjaya. Antaranya ialah Radzi dan Emma. Mereka pasangan yang bercinta sejak zaman sekolah dan kini kelihatan hidup bahagia dengan kerjaya yang cemerlang.

Afif pula mewakili watak yang dilabel sebagai loser. Dia seorang penulis dan masih belum berkahwin. Apabila grup reunion sekolah ingin membuat perjumpaan, Afif rasa tak sedap hati. Lapan belas tahun lepas dia pernah crush dengan Emma. Sebab itulah dia beria nak join reunion kali ini.

Dari saat reunion itulah, Emma mula merasakan bahawa selama ini dia mungkin tersalah menilai sikap sebenar suaminya. Rahsia yang disimpan Radzi akhirnya terbongkar dan membuka ruang kepada keretakan yang tidak pernah dia jangka.

Pada masa yang sama, dia mula menemui keserasian yang selama ini tidak sedarinya dalam diri Afif. Walaupun nampak macam melodrama ia membuatkan saya terus ingin tahu bagaimana kesudahan hubungan mereka.

Di sebalik konflik Afif, Emma dan Radzi, watak yang paling saya suka ialah Pak Ajis. Wataknya jelas matang dan idealistik. Dia sudah menganggap Afif seperti anak sendiri. Saya berharap Afif belajar banyak lagi erti kehidupan darinya.

KPC berjaya menyampaikan mesej yang berat melalui penceritaan yang santai. Novel ini menyentuh tentang pencarian identiti, tekanan sosial, obsesi manusia dengan kejayaan dan kesempurnaan walaupun hakikatnya tidak begitu.

Jika Awek Chuck Taylor boleh jadi bestseller, saya rasa KPC juga mempunyai potensi yang sama. Nadanya bebas, nakal dan dekat dengan realiti. Selamat datang ke dunia yang tidak sempurna untuk pembaca matang.