Showing posts with label #bookreview #mohddaudshadzli #dicelahcelahdimensi. Show all posts
Showing posts with label #bookreview #mohddaudshadzli #dicelahcelahdimensi. Show all posts

Di Celah-Celah Dimensi by Mohd Daud Shadzli


Sepertinya saya ada love-hate relationship dengan novel ni. Tapi saya ambil kira yang plot cerita ini berlatarbelakangkan sekitar tahun 60an hingga 70an dan realiti masyarakat pada masa itu. Jadi, kalau bukan kerana tulisan penulis yang saya rasa 80% darinya adalah cerita benar, mungkin saya akan lebih banyak mempersoalkan beberapa perkara dalam novel ini.

Mengisahkan Johari, anak muda yang melalui saat getir dalam hidup apabila ibu dan bapanya meninggal dunia di saat umurnya meningkat dewasa. Walaupun kedua-dua belah keluarganya berada, kehadiran Johari seolah-olah tidak diingini disebabkan hubungan ibu bapanya dulu tidak direstui keluarga. Nasib saja Johari tidak salah asuhan.

Dia kemudiannya pergi ke rumah Paman Shahrin, bapa saudaranya yang bermurah hati menanggungnya untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Karektor Paman digambarkan macam avoidant attachment sikit. Tapi bersebab.

Waktu dia mula duduk di rumah Paman, berbagai-bagai perkara aneh berlaku. Banyak pantang larang juga yang Johari kena patuhi. Paman memberi amaran untuk dia tidak membuka pintu bilik selepas tengah malam hingga subuh walau apapun bunyi yang dia dengar. Hah! Amaran tu pun dah boleh buat pembaca meremang bulu roma. Rasa macam baca siri Tamar Jalis pun ada. Penulis tidak perlu menggunakan terlalu banyak elemen seram yang keterlaluan. Cukup dengan rasa ingin tahu dan misteri yang perlahan-lahan dibina untuk membuatkan saya terus membaca. 

Konflik cerita Melayu kalau tak ada part iri hati dan tamak macam tak best pulakkan. Disebabkan Johari budak yang baik, sekejap saja dia menjadi anak saudara kesayangan Paman. Di situlah bermulanya beberapa siri ujian yang perlu dia hadapi. Walaupun ada jatuh bangun dalam hidupnya, tapi pengakhirannya digarap dengan memuaskan kena dengan keseluruhan cerita. 

Mungkin bukan semua perkara dalam novel ini akan dipersetujui oleh pembaca sekarang, tetapi sebagai sebuah cerita yang lahir daripada zamannya sendiri, saya tetap dapat menghargai apa yang cuba disampaikan oleh penulis.