Lain budaya, lain adatnya. Apa yang kita mampu buat adalah menghormati. Suka atau tidak, kita simpan dalam hati.

Tapi Pilkings tak macam tu. Dia ingat, dia penjajah, maka dia lebih bijak dari orang lain. Aku kurang minat membaca atau menonton naskhah yang berunsurkan diskriminasi tapi Soyinka bijak mengawal suasana.

Ada sinis yang disampaikan secara langsung dan tersirat. 





Aku baca sebab ia tulisan Azizi Haji Abdullah dan sebab kedua ia adalah novel yang memenangi Sayembara Novel Remaja Anjuran Pusat Islam 1993. 

Pada aku bila baca sinopsis macam dah boleh agak apa kesudahannya. Tapi bila habis baca aku rasa macam tak puas hati. Adakah empati aku terlalu menebal? Atau aku terlalu selfish sebab mahu penulis mengikut kehendak aku?

Aku tarik nafas dalam-dalam. Tenangkan fikiran. Aku cuba asingkan hal dunia dan aku petik kata Masudah di muka surat 201,"Di sini Udah menyebarkan ajaran dan pengetahuan kerana inilah saja yang dapat Udah korbankan sementara menunggu maut. Apakah tidak mulia kerja Udah begini, Zuki?"

Bila Masudah mengambil keputusan begitu aku tak salahkan dia. Aku cuba letakkan kesalahan pada Marzuki. Aku rasa itu lebih mudah. 






Pertama kali aku baca buku tulisan S. M. Noor. Padahal di rumah ada satu lagi buku tulisannya Infitar aku tak baca lagi. Bila tengok sinopsisnya aku rasa macam pergolakan rumah tangga rasanya. Tapi bila baca aku tak berhenti rasa sebak dan menitiskan air mata. Tulisan SMN betul-betul menusuk jiwa aku.

Nilai sebuah persahabatan dibawa hingga ke akhir hayat. Scene Zaidin meminang Hashimah bagi pihak Adam amat menyentuh hati. Alangkah bertuahnya Adam mempunyai sahabat sebaik Zaidin. Tapi jangan dilupa watak Jamilah juga berjaya menggerakkan novel ini.

Aku merasakan yang watak-watak ini betul-betul hidup. Aku akan baca Infitar dalam waktu yang terdekat.