Pusat Terapi Al-Nur



Kalau balik kampung memang inilah tempat yang mesti pergi. Mana nak cari tempat urut yang murah lagikan?
Urat yang tersimpul rapi memang terus jadi lega. Aku rasa macam nak tercabut rambut tadi punyalah kuat dia urut kepala tu kan. 

Selain dari tu ada juga servis lain yang diaorang buat seperti bekam, akupuntur, bunyi²kan badan/ cracking knuckles pun boleh. Pekerja²nya pun baik. 

*Ini bukan iklan berbayar



 

Dialog


Seperti yang kita belajar di sekolah dulu kalau nak buat dialog, mesti guna perenggan baru bersama dengan pembuka dan penutup kata. 

Tapi bila baca buku bahasa Inggeris semua tu tak penting dah. Ada berbagai jenis cara yang boleh dikategorikan sebagai dialog. Macam contoh di atas, penulis guna dash sahaja. Sebelum ni aku pernah baca, mereka guna italic tanpa perenggan baru. Contoh:

Bukan saya tak suka dia bang. Cuma dia tu suka sangat mengungkit hal-hal lama saya. Luahan Ahmad kepada abangnya.

Pada aku, aku ok je. Semakin banyak kita membaca, banyak jenis karya yang boleh kita pelajari. Tapi aku tak rasa editor di Malaysia bersetuju dengan dua cara di atas.



 

Nostalgia Part 1


Kenangan di Sekolah Mohd Khir Johari. Waktu tu belum ada Kebangsaan lagi. Tahun 1986. Semua murid perempuan pakai pinafore. Lelaki pakai seluar pendek atas lutut. Nama cikgu kelas kalau tak silap Puan Hashimah. Dia memandu kereta klasik masa tu. Tak tahu jenis apa. Wajah yang penuh sifat keibuan. Style ikat tudung pun sangat klasik. Macam nilah aku pakai tudung kalau mengaji masa tu. 

Kawan baik aku masa tu Rosmary. Aku tak tahu dia duduk mana. Tapi kadang kalau petang² dia ada duduk depan tangga rumah aku. Main sama². 


Masa ni kitaorang pindah Skudai. Shock jugaklah. Padahal sekolah yang sebelum ni kira betul² dekat bandar. Tapi bila masuk Sekolah Kebangsaan Sri Skudai aku dapat kelas nombor 2. 6 Dahlia. Kalau dulu top 3. Dapat top 10 dah kira ok. Banyak insiden yang memalukan masa ni. Biarlah aku simpan je. Tak payah buka aib. Kawan baik aku masa ni Haslinda. Cikgu kelas Puan Harison.