Cuti Sekolah


Cerita cuti sekolah 13 hb yang lepas. Lebih kurang 35 tahun aku tak jejak kaki ke sini. Hah. Kira umur aku berapa. Nostalgia betul. Tiket masuk amatlah berbaloi. 

Makan kat cafe. Alhamdulillah. Sebab lapar sangat dan cuaca pun menyengat.

Kononnya nak ke Muzium Kesenian Islam. Aku rasa tak sedap hati sebab tak banyak kereta yang parking. Rupanya tiket masuk RM 20. Kan. Lain kalilah. Priority😂😂.

Last² ambik gambar jelah. Dekat Masjid Negara. Tempat ikonik siaran langsung solat Jumaat dekat tv.

Cuaca cantik.

Sebab dah petang sangat, lain kali jelah singgah sini. Konon nak naik mrt. Tapi biasalah aku ni dah warga emas.

Last destination. Sambil² tunggu Maghrib, lepak tasik depan Masjid Negeri. Ringkas saja. Mata aku dah berat. 

Janji by Tere Liye


5 ⭐ – Perjalanan yang Sarat Makna dan Emosi. Ini kali keempat aku membaca karya Tere Liye, dan kali ini rasanya benar-benar pas dengan jiwa. Membuka tirai dengan kisah tiga pelajar nakal: Baso, Hasan, dan Kaharuddin yang hampir membuat kepala sekolah agama berputus asa. Sebagai jalan terakhir, mereka diberi satu misi yang bakal mengubah segalanya—mencari seorang lelaki bernama Bahar.

Empat puluh tahun lalu, Bahar adalah santri yang gagal dibimbing oleh Abuya, pengasas sekolah agama tersebut. Kehilangan ibu bapanya menjadikannya seorang yang liar— suka berjudi, bergaduh, hingga akhirnya terlibat dalam tragedi kebakaran yang meragut nyawa santri lain. Abuya menanggung rasa bersalah sepanjang hayatnya, yakin ini adalah hukuman Tuhan. Sebelum ajal menjemput, dia meminta anaknya mencari Bahar yang diusir sebelum ini untuk meredakan gelisah yang sudah lama menghantui.

Misi itu menjadi perjalanan penuh pelajaran buat Baso, Hasan, dan Kaharuddin. Bahar yang tidak pernah mereka temui secara langsung mengajarkan mereka makna kehidupan yang sejati. Di sebalik gelarannya sebagai lelaki liar, Bahar adalah sosok yang diam-diam menolong orang dalam kesusahan. Berpandukan alamat yang sudah lama, mereka menyusuri jejak empat dekad yang penuh rahsia dan luka.

Berkali-kali sepanjang membaca—aku tersentuh dengan ketabahan Bahar dan kisah hidupnya yang penuh ujian. Ada sesuatu yang indah tentang karakter yang kompleks dan perjalanan yang penuh keinsafan ini.

Jika ada satu hal yang pasti, karya ini adalah impak bagaimana perjalanan hidup seseorang boleh menjadi cermin yang memantulkan makna kepada orang lain. Sarat dengan emosi dan makna yang mendalam. Highly recommended!

Mahir Jahit Nadi

Sejak minggu lepas bermulanya kelas Mahir Nadi Kelas Menjahit. Walau pun mengantuk kugagahkan jua. Ada dua tenaga pengajar buat masa ni. Kuliah sangat santai dan mudah faham. Minggu depan dah mula kelas untuk pengajaran yang lebih serius.