Showing posts with label #bookreview #marwilis #gosip. Show all posts
Showing posts with label #bookreview #marwilis #gosip. Show all posts

Gosip by Marwilis


Semasa saya baru berjinak-jinak membaca novel English, Jackie Collins adalah antara penulis kegemaran saya. Jadi bila baca novel ni rasa mengimbau kembali gaya penceritaannya yang penuh dengan dunia glamor dan skandal. Fun fact, penulis ini adalah ayah kepada novelis, Ahadiat Akashah. Jadi, faham-faham sajalah lenggok bahasanya. Saya rasa kalau cerita ini dimuat naik di Wattpad pada zaman sekarang, memang boleh dapat view yang tinggi, no pun intended. Ceritanya fast-paced sebab banyak dialog diselitkan. Latar dan vibe cerita seperti awal 90an walaupun penulis menyatakan ia berlaku sekitar tahun 2000an. 

Mengisahkan Cat atau nama sebenarnya Siti Khatijah seorang peragawati yang baru di pentas peragaan dan dunia lakonan. Rezekinya bagaikan datang bergolek ditambah dengan kecantikan dan bakat yang datang seiring.

Lufti pula ialah pengurus Cat dan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Cat ke dunia glamour ini. Seperti biasa kalau ada gula pasti ada semut yang nak menghurung. Ramai orang kenamaan mahu mendekati tapi untuk Cat menerima lelaki yang biasa-biasa tiada dalam agendanya.

Namun apabila Dato' Jamal seorang jutawan mencuba nasib, Cat dan Lufti menjadi gelap mata dengan segala kemewahan yang ditawarkan. Dari situlah gosip tentang Cat tersebar. Kebanyakkannya bersifat negatif. Itulah secara ringkas kehidupan yang Cat sendiri mahu. Konflik mula menarik apabila anak Dato'Jamal, Lily merupakan musuh lama Cat sejak zaman sekolah muncul. Kedua-duanya mahu membuktikan siapa yang jatuh dulu dan endingnya amat memuaskan hati.

Secara keseluruhan, ada nada kritikan pedas terhadap realiti dunia hiburan tempatan. Selain itu, penulis juga memperlihatkan peranan wartawan hiburan dalam membentuk imej seseorang artis serta cabaran untuk kekal relevan dalam industri yang sarat dengan muslihat dan persaingan. 

#bookreview #gosip #marwilis #bookrecs #bookstagram