Velvet dan Velvet:2 by Ikmal Ahmad


Saya nak jujur dari awal, Akim memang jenis narcissist af. Status dia sebagai pegawai polis, ditambah pula latar belakang ayahnya seorang ahli politik, hanya menambahkan lagi rasa menyampah tu. Jadi bila sesuatu yang buruk mula berlaku dalam hidup dia, pembaca akan rasa, 'padan muka, kau!'

Dalam sibuk dia menguruskan majlis perkahwinannya dengan Mira, dia mengalami situasi yang berbahaya apabila satu persatu kawan baiknya sejak zaman sekolah mati secara tragik. Kematian itu bukan kebetulan semata-mata. Perbuatan tersebut membuktikan ada seseorang yang mempunyai motif dendam terhadap kumpulan mereka.

Secara teknikal, ini memberi bayangan jelas tentang kewujudan seorang pembunuh bersiri yang sedang menyusun langkah dengan teliti, dan sasaran akhirnya seolah-olah menuju kepada Akim sendiri. Ironinya, dia bukan sekadar mangsa berpotensi, tetapi juga seorang penyiasat. Itu yang buatkan cerita ini lagi menyakitkan hati, sebab kita tahu dia sepatutnya mampu membaca situasi, tapi tetap juga terperangkap. 😅

Pembaca memang kena baca Velvet: 2 untuk tahu emosi sebenar jalan cerita ni. Penulisan penulis lebih baik. Kali ini penulis fokus kepada watak ID, Hasri, Eddy dan beberapa watak yang agak penting yang sebenarnya menjadi kunci kepada segala konflik yang tercetus.

Di sebalik elemen thriller, cerita ini sebenarnya banyak bermain dengan kesan jangka panjang buli. Apa yang nampak kecil pada masa lalu rupanya meninggalkan parut yang dalam. Setiap peristiwa dalam cerita ini seolah-olah mengingatkan bahawa tidak semua orang benar-benar move on.

The Clock House Murders by Yukito Ayatsuji


Shimada Kiyoshi and his obsession with Nakamura Seiji’s architecture deliver once again. In this installment, a group of university Mystery Club students and editorial team members are invited to the Clock House for a special feature. Rumours claim the place is haunted, drawing them into an investigation that quickly feels far more dangerous than expected. Among them is Shimada, also known as Shishiya Kadomi, an aspiring mystery writer whose sharp curiosity and deep love for detective fiction.

Nakamura Seiji, a renowned architect, is infamous for his bizarre and unsettling creations, including the Blue Mansion and the Decagon House, both shadowed by tragedy. The Clock House, his latest design, belongs to the Koga family and holds an extensive antique clock collection once owned by Koga Michinori. After his death nine years ago, everything was inherited by his son. Over the past decade, seven deaths have occurred around the Koga family, adding weight to the chilling rumours.

What begins as a curious investigation soon turns into a nightmare when a series of locked room murders unfolds. The tension builds steadily, creating a suffocating atmosphere that lingers throughout. I especially enjoyed Shimada’s detailed explanations and bits of trivia, which highlight his meticulous and analytical mind. Some parts felt repetitive, but it may have been a deliberate stylistic choice. Overall, I really enjoyed it. 4 ⭐s.

Thank you to @PushkinPress and @NetGalley for the review copy. All opinions are my own.

Tugu by Hasan Ali


Novel yang tak sampai 200 muka surat ni pernah diterbitkan kali pertama pada tahun 1965. Penulis menyampaikan cerita dengan lenggok bahasa zamannya, menggunakan pendekatan show, don’t tell.

Ia mengisahkan Karim yang baru bertugas sebagai pegawai polis khas ketika zaman darurat. Dia menjadi kebanggaan keluarga dan ditugaskan di sekitar beberapa kawasan panas di Perak. Tugas Karim menjaga kawasan persekitaran agar tidak dicerobohi musuh. Bagi saya, zaman darurat tak kurang sengsaranya dengan zaman pendudukan Jepun. Dengan makanan dicatu, perintah berkurung dan hidup dalam ketakutan disebabkan tindakan komunis amat jelas diceritakan penulis. 

Masalah utama mereka pada masa itu bukan saja kekurangan infrastruktur dan komunikasi, tapi musuh dalam selimut yang menjadi ancaman terbesar kepada kestabilan negara. Dalam masa yang sama, perkembangan watak Karim daripada seorang yang mentah kepada individu yang memahami nilai amanah dan integriti digambarkan dengan baik.

Diselitkan juga kisah cintanya yang tidak kesampaian. Ringkas tapi amat signifikan dalam perjalanan cerita, menambah kedalaman emosi sepanjang novel. Tak cukup dengan itu, kehidupan Karim terus dirundung malang selepas berlakunya serangan hendap komunis yang benar-benar meninggalkan kesan kepada keseluruhan cerita. Saya amat kagum bagaimana sebuah novel yang ringkas mampu merangkum pengalaman darurat dengan begitu padat dan menyentuh hati. Saya beri 5 ⭐