Perpustakaan Tengah Malam by Matt Haig


Nora Seed mengalami depresi. Ibunya meninggal dunia. Dia membatalkan perkahwinannya di saat akhir. Kucing kesayangannya mati. Cita-citanya menjadi perenang profesional, ahli glasiologi dan kemudiannya menjadi ahli muzik dengan band sendiri terkubur dan pada usia 35 tahun dia diberhentikan kerja.

Dari situ, dia mengambil keputusan membunuh diri. 

Namun bila dia membuka mata, seolah-olah masa telah berhenti dan dia berada di dalam sebuah bangunan perpustakaan. Rak buku yang tiada berpenghujung dan langsung tidak menunjukkan jalan keluar. Terdapat seorang pustakawan yang persis pustakawan sekolahnya dulu, Mrs. Elm. 

Mrs. Elm menjelaskan yang Nora berada di Perpustakaan Tengah Malam, di antara kehidupan dan kematian. Buku-buku di rak membolehkan Nora menjalani versi kehidupan yang berbeza.

Nora berpeluang menjalani dunia kemungkinan yang dia inginkan. Dia popular, dia dicintai, dia mencapai cita-citanya tapi semua itu tidak seperti yang dibayangkan Nora. Dia terasa begitu asing dan seterusnya tidak betah untuk berlama-lama di dunia kemungkinan itu.

Tema magical realism nampak mengkhayalkan. Kita pernah merasakan hidup ini tidak adil dan mengingini kehidupan sempurna orang lain. Novel ini mengajak pembaca untuk refleksi diri tentang pilihan, penyesalan dan penerimaan. Saya juga suka bagaimana penulis menunjukkan bahawa kadangkala kita terlalu sibuk menangisi perkara yang sudah berlaku dan terlalu takut dengan perkara yang belum tentu berlaku sampai terlupa menghargai apa yang masih ada di depan mata. Walaupun novel ini menyentuh isu depresi dan bunuh diri, ia tetap memberi rasa harapan. Harapan bahawa hidup mungkin tidak sempurna, tetapi itu tidak bermakna ia tidak layak untuk diteruskan. Dan saya sangat suka dengan pengakhiran yang Nora pilih. 4.5 ⭐

Not A Monster by Chua Kok Yee


5 ⭐s!!!!
Whenever I come across an underrated book that turns out to be this good, I always feel overwhelmed and do not want to finish it so fast. That was exactly how I felt while reading Not a Monster. I honestly wish this book had a sequel. What I loved most about this book was the mix of police procedural, the insight into how the police work, the peek into the perpetrator’s point of view, and the way it explores human nature in general. You can tell the author did a remarkable job of research on the subject matter. No wonder it was selected as a winner of Fixi Novo contest.

I am trying to keep this review spoiler free, but I was way too excited while reading, so consider this a tiny spoiler warning just in case. 😂 Inspector Nadra Sunau is assigned to investigate a missing child case. The disappearance creates panic in the community, especially after the media sensationalizes the case and starts linking it to supernatural elements.

The Shadowman resurfaces because of the similarities of the cases. The Shadowman dubbed by the media during a spate of missing-child cases. Before each child disappeared, their family had taken a photo, and in every photo there was a shadowy figure lurking in the background. Unfortunately, the children were found too late, buried in secluded places. And the Shadowman case remains unsolved.

One of the IO in charge was Inspector Dominic Wong. He was also handling another disturbing case involving young women who were raped and brutally murdered. With no DNA evidence and no murder weapon, the police were left chasing one red herring after another. Dom was the one who came face to face with the ingenious Shadowman!

I really loved how the two protagonists eventually crossed paths. Their different perspectives added so much to the story, and the author did a great job juggling multiple plotlines without making it confusing. The plot twist really gave me the goosebumps. 

Not a Monster is such an intriguing and well-researched crime thriller, and it definitely deserves more attention.


The Crystal Stopper by Maurice Leblanc


Arsene Lupin ialah seorang pencuri yang licik, bijak menyamar, dan merupakan orang yang paling dikehendaki di Perancis. Namun Lupin bukan pencuri biasa. Dia hanya menyasarkan golongan kaya yang zalim, sombong, dan mengumpul harta melalui cara yang kotor. 

Dalam organisasi pencuri yang mempunyai rangkaian luas di seluruh negara, Lupin mempunyai ramai rakan subahat. Pengaruhnya kuat dan rahsianya tersimpan rapi dalam pelbagai lapisan masyarakat, daripada golongan bawahan hinggalah ke kelas atasan. Satu operasi mencuri beberapa karya seni telah membawanya ke rumah seorang wakil rakyat bernama Alexis Daubrecq. Antara barang yang ditemui ialah penutup kristal botol arak. Pada mulanya, objek kecil itu langsung tidak menarik perhatian Lupin. Operasi itu gagal apabila rakan subahatnya ditangkap pihak berkuasa. Tapi Lupin berjaya meloloskan diri bersama penutup kristal itu.

Penutup kristal itu kemudian hilang secara misteri dari rumah rahsianya, barulah dia mula percaya bahawa objek tersebut menyimpan sesuatu yang jauh lebih besar nilainya. Sejak itu, Lupin sedar bahawa nyawa rakan-rakannya, malah nyawanya sendiri, berada dalam bahaya.

Setelah Lupin mengetahui yang dia sebenarnya diperangkap dalam operasi ini, maka matlamatnya untuk melunaskan dendam lama dan membongkar skandal politik yang membahayakan nyawa dan negara amat nyata. Tapi Daubrecq bukan lawan Lupin yang biasa-biasa. Setiap langkahnya berjaya dipatahkan dengan bergaya. Watak protagonis dan antagonis di sini amat menyerlah serta mendebarkan.

Walaupun ini karya terjemahan namun mesejnya amat sampai dengan naik turunnya adrenalin saya. Cat-and-mouse thriller ni boleh dikatakan sama bijak dengan Sherlock Holmes ya! Saya juga sangat mengagumi jalan ceritanya yang sarat dengan plot twist. Karya asal ini diterbitkan sekitar tahun 1912.