PBAKL 2026

Semalam saya pegi PBAKL. Wow! Ramai giler manusia. Memang tak dinafikan budaya membaca masyarakat kita dah bertambah. Itu suatu petunjuk yang positif. Tapi yang sedih saya tak beli apa pun. Hihi😂.

Saja nak memeriahkan suasana. Itu pun dah happy sangat dapat jejakkan kaki ke sana. 

Cover cantik 1

Cover cantik 2

Tajuk best 1

Cover cantik 3

Tajuk best 2

Kartunis otai, Ujang dengan anak SN A. Samad Said

Box set yang intimidating!

Tajuk best 3

Cover cantik 4. Saya dah ulang baca. Tetap best. Buku wajib baca Malaysia.

Cover cantik 5. Saya dah baca English version. Best!


CCover cantik n tajuk pun best.

Ann JaafarAnn Jaafar laku keras tahun ni.


Saya rasa marketing PBAKL tahun ni menjadi. Tahniah kepada semua yang memartabatkan industri perbukuan Malaysia!

Di Celah-Celah Dimensi by Mohd Daud Shadzli


Sepertinya saya ada love-hate relationship dengan novel ni. Tapi saya ambil kira yang plot cerita ini berlatarbelakangkan sekitar tahun 60an hingga 70an dan realiti masyarakat pada masa itu. Jadi, kalau bukan kerana tulisan penulis yang saya rasa 80% darinya adalah cerita benar, mungkin saya akan lebih banyak mempersoalkan beberapa perkara dalam novel ini.

Mengisahkan Johari, anak muda yang melalui saat getir dalam hidup apabila ibu dan bapanya meninggal dunia di saat umurnya meningkat dewasa. Walaupun kedua-dua belah keluarganya berada, kehadiran Johari seolah-olah tidak diingini disebabkan hubungan ibu bapanya dulu tidak direstui keluarga. Nasib saja Johari tidak salah asuhan.

Dia kemudiannya pergi ke rumah Paman Shahrin, bapa saudaranya yang bermurah hati menanggungnya untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Karektor Paman digambarkan macam avoidant attachment sikit. Tapi bersebab.

Waktu dia mula duduk di rumah Paman, berbagai-bagai perkara aneh berlaku. Banyak pantang larang juga yang Johari kena patuhi. Paman memberi amaran untuk dia tidak membuka pintu bilik selepas tengah malam hingga subuh walau apapun bunyi yang dia dengar. Hah! Amaran tu pun dah boleh buat pembaca meremang bulu roma. Rasa macam baca siri Tamar Jalis pun ada. Penulis tidak perlu menggunakan terlalu banyak elemen seram yang keterlaluan. Cukup dengan rasa ingin tahu dan misteri yang perlahan-lahan dibina untuk membuatkan saya terus membaca. 

Konflik cerita Melayu kalau tak ada part iri hati dan tamak macam tak best pulakkan. Disebabkan Johari budak yang baik, sekejap saja dia menjadi anak saudara kesayangan Paman. Di situlah bermulanya beberapa siri ujian yang perlu dia hadapi. Walaupun ada jatuh bangun dalam hidupnya, tapi pengakhirannya digarap dengan memuaskan kena dengan keseluruhan cerita. 

Mungkin bukan semua perkara dalam novel ini akan dipersetujui oleh pembaca sekarang, tetapi sebagai sebuah cerita yang lahir daripada zamannya sendiri, saya tetap dapat menghargai apa yang cuba disampaikan oleh penulis.

The Weight of Our Sky


This is my third time recently reading about the events of May 13, 1969. According to the official government report, 196 people died, many others were injured, and the vast majority of those affected lost their homes and belongings during the week long violence.

The thrilling story is about 16 year old Melati after the death of her father. She suffers from panic attacks and believes she is being controlled by a Djinn. The Djinn character really reminded me of Khawf in As Long As the Lemon Trees Grow. It constantly manipulates her thoughts and repeatedly shows her terrifying visions of her mother’s death. Melati spends every day trying to appease the Djinn.

One day, Melati and her friend Saf are suddenly caught in the middle of racial riots. Cars and buildings are burned, innocent people are attacked, and chaos spreads everywhere. During the violence, Melati and Saf are forced to separate, which only worsens her panic. Luckily, she later finds refuge with Aunt Bee’s family, who treat her with kindness despite the dangerous situation around them. The government announced a strict, immediate curfew. I found the scenes terrifying. People turned into madness because of stupid rhetoric, speeches and political ideologies.

This story, based on real events, felt just as haunting as reading about the Japanese occupation in Malaysian history. We may continue to speculate about the true underlying causes, but the fear and scars left behind still linger until today. Even though the book is quite short, the message gives you so much to think about long after finishing it. I also appreciated how the author explored mental health, especially because it was considered taboo during that era. Melati is such a brave character. I really love how the author portrayed her journey of survival, fear, grief, and healing all at once.