Tajuk : Rintihan Terpendam (The Silent Cry)

Penulis : Kenzaburo Oe

Penerbit : Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad

Tahun terbit : 2006

Sinopsis :

Novel ini menelusuri gelora hubungan antara dua beradik yang kembali ke tanah leluhur mereka di sebuah desa di barat Jepun. Tatkala si abang cuba menyelami maksud tragedi yang menimpa rakannya yang membunuh diri dan bayinya yang dilahirkan cacat, si adik pula berusaha melancarkan pemberontakan yang membabitkan belia desa.
Gambaran penulis tentang perjuangan dua beradik ini dalam usaha menyelamatkan budaya dan ekonomi setempat yang kian kucar-kacir akibat penjarahan usahawan Korea yang digelar 'Maharaja Pasar Raya'  begitu terkesan sehingga ke hari ini, sama seperti ketika novel ini diterbitkan buat kali pertama pada 1967.

Ulasan :

Entah kenapa bila aku baca Oe, aku teringatkan Murakami. Sepatutnya aku baca Oe dulu kan. Tulisan Oe boleh saja kita baca sekali lalu. Tapi kalau kita fahamkan apa permasalahan dan emosi watak memang cerita ini berat. Seminggu juga aku habiskan.
Aku tak ada masalah dengan watak Mitsu. Dia tertekan. Kawan dia mati. Anak dia cacat. Tapi kalau kita tengok keseluruhannya penyakit mental ini boleh diwarisi. Macam kalau kita berdiri di bangunan tinggi, rasa gayat dalam diri tu buat kita jatuh kan? Macam tu lah Mitsu, dia hampir jadi gila dan bila dia ingat dengan balik ke daerah asalnya dia dapat release tension, dia silap.

Adik dia, Takashi, selepas menyertai road tour pementasan di Amerika dan selepas mengalami mild siflis (adake?), dia pun cuba berjinak-jinak menyemai semangat penduduk kampung untuk memberontak menghapuskan seorang Korea yang kebetulannya adalah pengusaha pasar raya.

Aku rasa scene ini adalah sindiran Jepun-Korea. Mungkin aku kena cari bahan bacaan tahun 1860. Gitu. Gigih tak? Rasa macam buat tesis tak?
Taka merasakan yang dia perlu menjadi pemimpin kepada anak muda mula diserang rasa insecure. Klimaks cerita tepat. Matinya watak Taka selepas bunuh diri, Mitsu pula menemui kebenaran tentang perjuangan moyangnya tapi dengan cara slow motionnya.

Aku beri 4 🌟/ 5