Saya mencabar diri saya lagi dengan bacaan kali ini. Novelet satira politik ini pernah diharamkan sekitar tahun 1999 atas alasan kandungannya yang kontroversi dan menyentuh sensitiviti politik pada waktu itu. Nipis saja, tapi memang boleh buat kepala berasap nak sampai ke penamatnya. Walaupun ini bukan kali pertama saya membaca karya penulis, gaya bahasanya kali ini terasa jauh lebih tajam. Azwan Ali pun boleh kalah. π
Suka saya tekankan bahawa penulis memang gemar menggunakan teknik prosa yang diulang-ulang dalam penulisannya. Pada awalnya memang rasa sedikit memenatkan, tapi sebenarnya ia tidaklah sesukar yang disangka kalau kita bersabarπ
. Lagipun, ramai yang sudah tahu apa yang berlaku sekitar tahun 1999, jadi sedikit sebanyak kita boleh menangkap sindiran yang cuba disampaikan. π
Walaupun ditulis lebih dua dekad lalu, apa yang diperkatakan masih terasa relevan. Politik busuk itu nampaknya masih wujud sampai sekarang walau berapa kali kerajaan bertukar. Inti utama karya ini jelas, iaitu menentang korupsi, nepotisme dan kronisme yang terus membarah dalam sistem.
Ketua pemerintah yang hanya dikenali sebagai PM atau dengan gelaran Shit merupakan seorang pemimpin yang tetap berkuasa walaupun tidak begitu disenangi oleh orang di sekelilingnya. Selagi dia memegang tampuk pemerintahan, selagi itulah dia memastikan seluruh barisan kabinet tunduk dan patuh kepada setiap arahannya tanpa banyak soal.
Namun apabila bertiup khabar angin bahawa ada seseorang dalam kabinet sedang merancang untuk menjatuhkannya, PM mula menyusun strategi. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi menyingkirkan Wiraman sebelum ancaman itu menjadi lebih besar.
Wiraman tersingkir daripada kelompok kepimpinan dalam masa yang sama mendapat sokongan rakyat. Sebagai seorang orator yang hebat, dia melaungkan Reformasi! sebagai perjuangan utama untuk menjatuhkan PM dan mengembalikan kuasa kepada rakyat.
Sounds familiar? π
Tidak hairanlah ia pernah diharamkan kerana sindirannya sangat pedas. Ada karya yang hanya sesuai pada zamannya. Yang ini pula, entah kenapa masih terasa hidup.