Seperti Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas by Eka Kurniawan

Saya tak tahu sama ada saya suka atau tidak dengan buku ini. Bukan sebab karyanya tidak bagus. Tapi mungkin salah saya sendiri tidak membaca sinopsis terlebih dahulu. Jujur saya katakan yang saya memilih buku ini atas faktor tajuknya. Saya merasakan ada beberapa elemen yang mirip dengan Cantik Itu Luka iaitu tentang dark humour dan antiheronya.

Suka saya mengingatkan yang buku ini dikategorikan untuk pembaca matang. Mengisahkan watak utama Ajo Kawir dan sahabatnya Si Tokek yang hari-hari mereka diisi dengan melakukan hal sia-sia seperti bergaduh dan hal-hal lagha yang lain seperti mengendap rumah seorang perempuan bernama Rona Merah. Rona Merah digelar perempuan gila oleh orang kampung. Sehinggalah peristiwa dia diperkosa oleh dua orang polis, Rona Merah ditemukan mati di halaman rumah. Peristiwa inilah yang menjadi titik mula trauma Ajo Kawir, menyebabkan dia mengalami masalah lemah tenaga batin. Tragedi di usia remaja itu menjadi inti emosi dan psikologi kepada keseluruhan cerita.,

Namun, di sebalik kekerasan dan kehancuran itu, Ajo Kawir tetap menemukan cinta dalam diri Iteung. Iteung mengetahui sepenuhnya masalah dalaman Ajo Kawir, tetapi memilih untuk menerima kekurangan lelaki itu tanpa syarat. Dalam masa yang sama, Ajo Kawir juga terjerumus lebih jauh ke dalam dunia gelap apabila dia diupah untuk membunuh seorang lelaki walaupun sedar akibatnya adalah penjara, dia tetap menyahut tawaran tersebut kerana upah yang lumayan.

Separuh kedua novel lebih banyak menumpukan kepada kehidupan Ajo Kawir sebagai orang dewasa, selepas keluar dari penjara, menjadi pemandu lori dan beberapa tahun meninggalkan anak isterinya serta pertemuan dengan perempuan misteri bernama Jelita. Semuanya dinaratifkan secara ringkas tapi padat dan tidak berlebihan. Saya suka bab itu.

Walaupun timelinenya kelihatan berserabut, ia masih kekal plot-driven dan mencerminkan kekacauan batin watak utamanya. Mungkin saya tidak sepenuhnya jatuh cinta dengan buku ini, tetapi saya tidak menafikan kekuatannya. Ia jujur, kasar, dan memaksa kita untuk bertahan hingga ke akhir cerita.




Body Count by Julie Mae Cohen

5 ⭐s. If I ever write a book, this is exactly what my debut should be. Fr. 😅

Seraphina 'Saffy' Huntley-Oliver is beautiful, intelligent, and sharp in ways that matter. She carries many fine qualities, yet her life is shaped by a childhood trauma that never truly lets her rest. She is also a serial killer. Not reckless, but deliberate. She kills with purpose. Her targets are bad men, especially those who harm women. For a very long time, she lives an almost perfect double life, normal enough to avoid suspicion while quietly nurturing her darkest instincts.

Despite everything, there are two people she loves fiercely and would fight for with her life. Her sister Susie and her new boyfriend Jonathan Desrosiers. Jon is a true crime podcaster and investigative journalist who meets Saffy at a low point in his life, when both his career and his personal life are falling apart. He has already come frighteningly close to death after crossing paths with not one but two serial killers. Coincidence or fate, the tension never lets up.

Things take a dangerous turn when Saffy is preparing for her next victim and realizes someone knows her secret. Someone is watching, bold enough to cross her line and worse, to involve Jon and Susie. From that moment on, every move becomes a risk, every choice loaded with consequences.

This is my first time reading Julie Cohen, and I am impressed. She has a sharp sense of humour and a confident writing style that keeps the story gripping and alive. For me, that is what makes a good story truly unforgettable. Very subtle, purely stylistic.

Selagi Pohon Lemon Tumbuh by Zoulfa Katouh


Selepas kebangkitan Arab Spring iaitu gelombang protes dan kebangkitan rakyat yang melanda banyak negara Arab sekitar 2010–2012, impian rakyat Syria hancur di bawah pemerintahan diktator. Novel ini membawa kita menyusuri luka itu melalui mata Salama Kassab, seorang pelajar farmasi yang belum sempat bergelar graduan tetapi terpaksa memikul tugas seorang doktor di hospital yang kekurangan tenaga dan infra akibat pengeboman dan peluru sesat.

Selepas ayah dan abangnya ditangkap tentera, satu-satunya keluarga yang tinggal hanyalah Layla, sahabat baik merangkap kakak iparnya. Layla berkali-kali mengajak Salama memulakan hidup baharu di negara lain, namun Salama berbelah bahagi antara cintanya kepada Syria dan tanggungjawab moral untuk terus membantu mangsa yang cedera. Part ni pembaca kena berhati-hati. Sedih weiii😭.

Sejak setahun lalu, muncul Khawf. Jelmaan ketakutan yang lahir selepas letupan bom meragut nyawa ibunya. Hanya Salama yang dapat melihat Khawf. Watak ini sinis, kejam, dan sentiasa mendesak Salama meninggalkan Syria. Saya suka watak Khawf. Ia bukan sekadar peneman, tetapi nadi yang memaksa Salama terus bernafas di bumi bergolak ini. Tidak adil untuk membandingkan kehidupan fiksyen Salama dengan penderitaan saudara kita di Gaza namun tema utama novel ini iaitu PTSD, jelas bahawa trauma tidak pernah mampu digambarkan sepenuhnya melalui rakaman media sosial. Ia mengerikan. Jika saya berada di tempat Salama, saya rasa tidak mampu bertahan.

Nasib Salama mungkin satu dalam sejuta kerana kehadiran Kenan. Keluarga mereka pernah berjanji untuk bertemu dan merapatkan hubungan, namun kekacauan perang menggagalkan segalanya. Takdir mempertemukan mereka dengan cara yang berbeza, perlahan, penuh empati, dan saling memahami. Hubungan ini menjadi cahaya kecil di tengah gelap yang menyesakkan.

Kredit saya berikan kepada penterjemah dan penerbit yang berjaya menyampaikan intipati novel popular ini dengan berkesan.