Selagi Pohon Lemon Tumbuh by Zoulfa Katouh


Selepas kebangkitan Arab Spring iaitu gelombang protes dan kebangkitan rakyat yang melanda banyak negara Arab sekitar 2010–2012, impian rakyat Syria hancur di bawah pemerintahan diktator. Novel ini membawa kita menyusuri luka itu melalui mata Salama Kassab, seorang pelajar farmasi yang belum sempat bergelar graduan tetapi terpaksa memikul tugas seorang doktor di hospital yang kekurangan tenaga dan infra akibat pengeboman dan peluru sesat.

Selepas ayah dan abangnya ditangkap tentera, satu-satunya keluarga yang tinggal hanyalah Layla, sahabat baik merangkap kakak iparnya. Layla berkali-kali mengajak Salama memulakan hidup baharu di negara lain, namun Salama berbelah bahagi antara cintanya kepada Syria dan tanggungjawab moral untuk terus membantu mangsa yang cedera. Part ni pembaca kena berhati-hati. Sedih weiii😭.

Sejak setahun lalu, muncul Khawf. Jelmaan ketakutan yang lahir selepas letupan bom meragut nyawa ibunya. Hanya Salama yang dapat melihat Khawf. Watak ini sinis, kejam, dan sentiasa mendesak Salama meninggalkan Syria. Saya suka watak Khawf. Ia bukan sekadar peneman, tetapi nadi yang memaksa Salama terus bernafas di bumi bergolak ini. Tidak adil untuk membandingkan kehidupan fiksyen Salama dengan penderitaan saudara kita di Gaza namun tema utama novel ini iaitu PTSD, jelas bahawa trauma tidak pernah mampu digambarkan sepenuhnya melalui rakaman media sosial. Ia mengerikan. Jika saya berada di tempat Salama, saya rasa tidak mampu bertahan.

Nasib Salama mungkin satu dalam sejuta kerana kehadiran Kenan. Keluarga mereka pernah berjanji untuk bertemu dan merapatkan hubungan, namun kekacauan perang menggagalkan segalanya. Takdir mempertemukan mereka dengan cara yang berbeza, perlahan, penuh empati, dan saling memahami. Hubungan ini menjadi cahaya kecil di tengah gelap yang menyesakkan.

Kredit saya berikan kepada penterjemah dan penerbit yang berjaya menyampaikan intipati novel popular ini dengan berkesan. 

Clown Town by Mick Herron


This book isn’t the easiest to dive into if you haven’t read the earlier Slough House series. I had to Google a few names and past operations just to stay on track. But once I got into it, the bigger picture became painfully clear. It felt uncomfortably real.

The premise is sharply satirical, and that’s what makes the characters feel so alive. Applause to the author. To simplify it, there are four key groups:
1. Slough House is basically the place MI5 sends agents who messed up badly, but not badly enough to be fired. Their careers are pretty much over, and they’re stuck doing paperwork and pointless tasks. It’s called the 'dark side of Narnia', and no one ever returns to the Park. Their head is the unforgettable Jackson Lamb.
2. Agents involved in the Pitchfork Operation. It’s basically MI5 playing a risky game. They push a target into making mistakes to uncover secrets, while using morally shady operatives and keeping it all ‘official.’
3. The Park (MI5 HQ) led by Diana Taverner, who is cunning, manipulative, and obsessed with MI5’s image.
4. Politicians who ride issues for personal gain, like Peter Judd.

The trouble starts when Diana gets blackmailed. Someone wants to drag an old case back into the light, and if the proof goes public, it could ruin reputations and shake the government. It turns out the government recruited, used, protected, paid off, and even pensioned off a psychopath, even though he might have ended more lives than he ever saved.

There’s a lot of MI5 politics, old cases, and hidden history packed into this book. It’s not a fast read, but it keeps the tension alive. And as usual, the innocent end up paying the price. Jackson Lamb does save the day, though, and the payoff feels well deserved.

Jobin by Pidi Baiq

Ini kisah yang berlatar sekitar tahun 2009 ketika Vera masih di bangku SMA. Pertemuannya dengan Jobin Alimusa terasa tidak disangka-sangka namun memberi kesan besar kepada keduanya. Vera digambarkan sebagai remaja ceria yang sentiasa dikelilingi rakan-rakan. Jobin pula merupakan vokalis band indie bernama Eidenberg yang menjadi idola di kalangan rakan Vera. Bermula daripada rasa ingin tahu hasil rekomendasi mereka, Vera akhirnya meminati Eidenberg dan secara perlahan tertarik dengan dunia Jobin.

Penulis menceritakan kisah cinta ini bersama humor yang bersahaja, dialog santai dan latar scene underground serta budaya indie Bandung yang hidup. Hubungan Vera dan Jobin berkembang secara natural tanpa paksaan. Mereka rapat namun perhubungan mereka tidak pernah benar-benar diberi label atau hala tuju yang jelas. Bagi saya, ketiadaan konflik besar menjadikan cerita ini terasa jujur dan sesuai dengan usia serta fasa kehidupan wataknya.

Endingnya tenang dan agak boleh dijangka, namun persoalannya bukan pada apa yang berlaku secara zahir. Sebaliknya ia terletak pada apa yang Vera cuba yakinkan kepada dirinya sendiri melalui coretan terakhir. Ada ruang tafsiran yang membuat saya berfikir, seolah-olah tersimpan sesuatu di sebalik kelancaran hubungan mereka. Sebuah kisah ringkas tentang remaja, memori dan perasaan yang tidak semuanya perlu dijelaskan.